PUTRAJAYA, 29 November 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) turut serta dalam Festival of Ideas (FOI) Putrajaya yang julung kali dianjurkan baru-baru ini.
Festival Idea Putrajaya ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya yang berlangsung selama dua hari bermula pada 27 hingga 29 November 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC).
PUTRAJAYA, 29 November 2024 - International Journal of Automotive and Mechanical Engineering (IJAME), jurnal terbitan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini telah menerima Scopus Journal CREME (Current Research Malaysia) Award.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan KPT- ELSEVIER 2024 itu telah berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton, Putrajaya.
KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – ‘Co-working space’ atau ruang kongsi kerja kini menjadi semakin popular dan berkembang dengan pesatnya.
Konsepnya lebih kurang sama seperti pejabat konvensional, tetapi yang membezakannya adalah budaya kerja dan penyediaan kemudahan yang pelbagai serta lebih fleksibel.
GAMBANG, 22 November 2024 – The Global Accreditation Center for Project Management Education Program (GAC) telah mengadakan lawatan ke Fakulti Pengurusan Industri (FIM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menjalankan audit untuk program Pengurusan Projek sebagai sebahagian daripada proses Pembaharuan Akreditasi bermula pada 20 hingga 22 November 2024.
Pengiktirafan itu menunjukkan program Pengurusan Projek ini dibangunkan dan dilaksanakan mengikut piawaian badan profesional antarabangsa.
PEKAN, 25 November 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 peringkat Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang bertempat di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan baru-baru ini.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
PEKAN, 20 November 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan Pertandingan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Huawei Peringkat Nasional Kali Ketiga Secara Hibrid 2024 melalui program kerjasama latihan akademik dengan Huawei Service Co. Ltd. (Hong Kong) iaitu UMPSA X HUAWEI App Gallery Mobile App Competition 2024 (UXHMAC) dan UMPSA Mobile Hackathon (Hackathon X).
PEKAN, 21 November 2024 – Baru-baru ini, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Proton, Geely Holding Group dan AHTV Alliance.
Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak itu turut dimeriahkan dengan sesi syarahan industri yang bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara institusi pengajian tinggi dengan industri automotif.
PEKAN, 23 November 2024 – Seramai 200 pelajar sekolah dan guru dari 40 buah sekolah sekitar Pahang telah menyertai Karnival STEMBOT AI Week UMPSA 2024 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan, baru-baru ini.
Karnival anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) itu diadakan sebagai salah satu usaha memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
PEKAN, 22 November 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) lancar Program Kesedaran Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Peringkat Universiti bagi tahun 2024 di Auditorium Perpustakaan UMPSA, Pekan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim mewakili Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha.
PEKAN, 22 November 2024 – Seramai 18 orang mahasiswa daripada teras kebudayaan Kelab Teater Senandika dan Kelab Tarian Kencana Pawana Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menghadiri Bengkel Make Up, Program Skill for Life yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan dengan kerjasama Pejabat Kemajuan Masyarakat KEMAS Daerah Pekan.
GAMBANG, 24 November 2024 - Fakulti Kejuteraan Teknologi Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya muncul johan keseluruhan Sukan Antara Fakulti (SukFAC) 2024.
FTKEE berjaya memenangi empat pingat emas menerusi acara Catur Berpasukan Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Lelaki, Boling Padang Berpasukan Lelaki dan Bola Tampar Wanita.
Pada peringkat global, penyakit berjangkit yang baharu muncul kekal sebagai punca utama kematian dan morbiditi. Ia disebabkan oleh kekerapan jangkitan baharu, kejadian semula jangkitan sedia ada dan sifat endemik jangkitan yang sukar dikawal. Penyakit berjangkit biasanya disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria, virus, parasit dan kulat. Berdasarkan statistic telah dianggarkan 75 peratus daripada penyakit ini adalah zoonosis iaitu penyakit berjangkit yang berjangkit antara spesies daripada haiwan kepada manusia.
Sebagai warga Malaysia, apakah yang anda tahu dan faham tentang kerajaan MADANI setakat ini? Adakah ia tinggal sebagai slogan politik atau hala tuju kerajaan pemerintah semata-mata? Apakah ia tiada kaitan dengan diri anda atau institusi di mana anda berada? Sebenarnya, sebagai warganegara, kita semua terikat dengan sistem pemerintahan negara, semua tertakluk kepada implementasi dasar-dasar pemerintahan negara.
Cuaca panas yang melampau kebelakangan ini telah mengganggu keseimbangan sistem tubuh, seterusnya menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan individu terutamanya masalah kesihatan kulit seperti luka terbakar, keradangan dan dehidrasi.
Selaras dengan matlamat untuk memastikan kehidupan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan, bahan semula jadi seperti Nata de Coco dan Aloe Vera menawarkan penyelesaian efektif dalam rawatan luka dan pemulihan kulit, serta memberikan manfaat tambahan sebagai bahan bioaktif yang mesra alam.