Skip to main content

UMPSA anjur Majlis Apresiasi Pementoran Sesi 2023/2024

PEKAN, 3 September 2024 – Pusat Sejahtera, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Apresiasi Program Pementoran untuk Sesi 2023/2024. 

Majlis itu bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para mentor dan menti yang telah menunjukkan komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh enam bulan program tersebut.

UMPSA tuan rumah RBTX Petrosains Challenge 2024 Peringkat Zon Timur

PEKAN, 4 September 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi tuan rumah bagi Pertandingan RBTX Petrosains Challenge 2024 Peringkat Zon Timur 2024 di Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan.

Majlis perasmian RBTX Petrosains Challenge 2024 Peringkat Zon Timur 2024 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa.

UMPSA organises korban and akikah in conjunction with Aidiladha

PEKAN, 19 June 2024 – In an effort to enliven the atmosphere in conjunction with Hari Raya Aidiladha and towards the end of Tashriq day, the Islamic and Human Development Centre (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) successfully carried out the korban and akikah programme.

The programme saw as many as eight cows and two goats being slaughtered at the University Mosque, UMPSA Pekan.

Lebih 1,500 hadir Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Malam Ambang Merdeka UMPSA

GAMBANG, 31 Ogos 2024 - Lebih 1,500 hadir Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Malam Ambang Merdeka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini di Stadium Mini UMPSA, Kampus Gambang.  

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah dan disaksikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

UMPSA sertai perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 di Kuantan dan Pekan

KUANTAN, 31 Ogos 20204 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menghantar dua kontinjen perbarisan sambutan di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang di Kuantan dan Pekan. 

Kontinjen ini disertai seramai 60 orang staf yang diketuai oleh Hairulazam Haron di Kuantan dan Ts. Haji Azahar Mohd Yasin di Pekan. 

‘Motor Merdeka Atuk’ pupuk nilai patriotik dan kasih sayang

PEKAN, 30 Ogos 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) membawakan drama pendek bertajuk ‘Motor Merdeka Atuk’ sempena Hari Kemerdekaan Ke-67 yang akan diraikan pada 31 Ogos nanti. 

Drama pendek ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga UMPSA dan rakyat Malaysia. 

‘Motor Merdeka Atuk’ merupakan hasil karya Muhammad Aiman Nasriq Mohd Roslan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE). 

Subscribe to General