Skip to main content

Pemimpin masa depan perlu ada impian besar, keberanian dan ilmu – Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2026 - Golongan muda perlu mempunyai impian besar, keberanian dan ilmu pengetahuan untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa serta berupaya memperkukuh demokrasi dan membentuk masa depan negara.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul berkata, kepimpinan bukan sekadar berkaitan jawatan atau kuasa, sebaliknya bermula dengan keupayaan seseorang menetapkan hala tuju, membina keyakinan diri dan berani melakukan perubahan.

iFUTURE 2026: TPM seru pemimpin muda pimpin dengan nilai, visi dan tanggungjawab

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2026 - Golongan muda perlu memimpin berteraskan nilai, visi dan tanggungjawab serta tidak menunggu sehingga diberikan jawatan atau gelaran untuk membawa perubahan kepada masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof berkata, kepimpinan sebenar bukan sekadar bergantung pada kedudukan, sebaliknya perlu dibuktikan melalui integriti, keperibadian dan tindakan yang mampu membina kepercayaan orang lain.

iFUTURE 2026: KLiX2026 jadi acara suai kenal, sasar 2 rekod MBOR

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2026 - Edisi ketiga Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Hadapan Antarabangsa (International Young Future Leaders Summit atau iFUTURE 2026) memperkenalkan KL iFUTURE Explorace 2026 (KLiX2026) buat julung-julung kalinya sebagai aktiviti suai kenal (ice breaking) yang menggabungkan eksplorasi bandar, cabaran berkumpulan dan permainan tradisional.

iFUTURE 2026 perkasa kepimpinan generasi muda berteraskan nilai

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2026  – Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam Pembukaan International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober 2026 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur. 

Syarikat pelajar UMPSA, Redroots Agro Technology raih 3 anugerah di Innopreneur 4.0

BANGI, 23 September 2026 – Syarikat pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Redroots Agro Technology berjaya meraih tiga anugerah dalam Program Innopreneur 4.0 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Bangi Golf Resort, Selangor. 

Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Hazlan Abdul Hamid.

Subscribe to Student