UMP dan Yayasan Terengganu berkolaborasi dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan
KUALA TERENGGANU, 30 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bersama (MoA) dengan Yayasan Terengganu dalam kolaborasi akademik dan pengantarabangsaan.
Melalui perjanjian persefahaman ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggariskan beberapa aktiviti kolaborasi akademik dan memberi khidmat nasihat bagi program seperti Program Asasi, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.