Skip to main content

Sukarelawan PERMAS UMPSA sertai program STEM Discovery on Wheels

KOTA DAMANSARA, 25 Ogos 2025 – Seramai lima orang sukarelawan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai program STEM Discovery on Wheels anjuran Yayasan DIY dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, Kota Damansara bagi menyokong pelaksanaan program, sekali gus mengangkat peranan mahasiswa dalam menghubungkan universiti dan komuniti.

Perkasa TVET, Perluas Horizon Akademik Bersama UMPSA

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) giat melaksanakan inisiatif kerjasama akademik bagi memacu agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) lanjutan serta pengantarabangsaan program akademik. Antara langkah proaktif yang diambil termasuk penawaran program ijazah dual dengan institusi ternama antarabangsa, program kampus pesisir di Borneo, peluang mobiliti pelajar merentasi sempadan (termasuk latihan industri di Jerman), serta penubuhan pusat pembangunan kemahiran vokasional berprofil tinggi.

UMPSA jalin kerjasama dengan Elsevier, UA pertama di Malaysia akses ‘SciVal’ tingkat capaian penerbitan berimpak

PUTRAJAYA, 3 September 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merupakan universiti awam (UA) pertama di Malaysia yang melanggan ‘SciVal’ iaitu alat analisis berasaskan data Scopus sebagai kemudahan buat para pensyarah dan pelajar universiti dalam meningkatkan capaian yang memberi impak terhadap ekosistem penyelidikan universiti ini di peringkat antarabangsa. 

Pelajar antarabangsa UMPSA semarakkan Bulan Kemerdekaan Malaysia dengan alunan puisi

PEKAN, 28 Ogos 2025 – Seramai empat orang pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dari Yaman turut serta dalam mendeklamasikan puisi di program Alun Puisi 8 Jam anjuran UMPSA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Wilayah Tengah. 

Kesemua mereka adalah dari Fakulti Komputeran (FK) iaitu Yousef Ahmed Ali Amer, Abdullah Mueataz Adel Ahmed Saeed, Alshammakh Asaad Abdullah dan Faisal Esam Habeb Alkhulaqi.

SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025 semarakkan minat Sains dan Teknologi pelajar sekolah menengah

KUANTAN, 24 Ogos 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menjadi tuan rumah kepada Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025 yang berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos 2025. 

Program itu menghimpunkan seramai 184 pelajar daripada lima buah sekolah menengah sekitar daerah Kuantan dan Pekan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsan (SM) Paya Besar, SMK Sungai Isap Murni, SMK Tanah Putih, SMK Ubai dan SMK Indera Syahbandar.

UMPSA Kenang Jasa Pesara dalam Majlis Jasa Dikenang 2025

PEKAN, 2 September 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menghargai khidmat bakti dan pengorbanan 12 orang pesaranya melalui penganjuran Majlis Jasa Dikenang 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Razak, UMPSA Pekan.

Majlis itu merupakan manifestasi tanda penghormatan, penghargaan, ingatan dan kasih sayang universiti terhadap pegawai yang telah mencurahkan tenaga, masa serta ilmu pengetahuan sepanjang perkhidmatan mereka di UMPSA.