Sorotan 2025: UMPSA Institusi Holistik Mendukung Agenda MADANI Negara
Agenda MADANI yang digagaskan Kerajaan MADANI menuntut pendekatan pembangunan negara yang menyeluruh, berteraskan nilai, kesejahteraan rakyat, kemampanan ekonomi serta integriti institusi. Dalam landskap ini, institusi pendidikan tinggi (IPT) memainkan peranan strategik sebagai pemangkin pembangunan modal insan dan pembentukan masyarakat berilmu serta beretika.