Skip to main content

Memperkukuh Integriti Akademik melalui Garis Panduan Kecerdasan Buatan Generatif (KBG)

Perkembangan teknologi kecerdasan buatan generatif (KBG) mengubah pendidikan tinggi dengan sangat pantas. Di universiti, teknologi ini mempengaruhi cara pelajar belajar, menyiapkan tugasan, menjalankan penyelidikan dan berinteraksi dengan pensyarah. Perubahan ini membawa banyak manfaat, namun dalam masa yang sama menimbulkan cabaran besar terhadap integriti akademik. Oleh sebab itu, pengenalan garis panduan rasmi penggunaan KBG oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi langkah penting untuk memastikan teknologi digunakan secara bertanggungjawab.

TVET Diperhebat

Pendigitalan TVET

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara, terutamanya dalam menghadapi cabaran Era Revolusi Industri 4.0 dan keperluan pascapandemik. Malaysian Technical University Network (MTUN), melalui Pelan Hala Tuju TVET Termaju 2030, menetapkan enam teras utama untuk mencapai matlamat ini, termasuk Kecemerlangan Akademik dan Pengantarabangsaan, Kelestarian Teknologi dan Jaringan Industri, dan Keunggulan Bakat. 

MATAHARI UMPSA ceriakan 20 pelajar menerusi Program ‘Back to School’ 2026

Kuantan, 19 Januari 2026 – Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MATAHARI) terus komited dalam menyantuni golongan yang memerlukan menerusi penganjuran Program Bantuan Persekolahan atau Back to School (BTS) bagi sesi persekolahan tahun 2026.

Program tahunan persatuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak, khususnya bagi keluarga asnaf, fakir miskin, dan ibu tunggal.

UMPSA memperkukuh kerjasama erat dengan Iwate University

PEKAN, 26 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan kerjasama erat dalam bidang akademik, penyelidikan dan mobiliti antarabangsa dengan Iwate University. 

Baru-baru ini, Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias menerima kunjungan delegasi daripada Iwate University yang diketuai oleh Presiden Iwate University, Profesor Dr. Satoshi Ogawa bersama Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa), Profesor Dr. Yoko Matsuoka, serta pegawai Pejabat Antarabangsa universiti tersebut.

Tingkatan 6 dan Matrikulasi di bawah KPT: Peranan Strategik UMPSA Memperkukuh Ekosistem Pendidikan Tinggi

Keputusan Kerajaan meletakkan program Tingkatan 6 dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula tahun hadapan, disokong dengan peruntukan RM100 juta bagi naik taraf fasiliti, merupakan satu langkah reformasi penting dalam landskap pendidikan negara. Langkah ini bukan sekadar penstrukturan semula pentadbiran, tetapi mencerminkan hasrat kerajaan untuk membina laluan pendidikan yang lebih tersusun, bersepadu dan berkualiti daripada peringkat prauniversiti ke pendidikan tinggi.

UMPSA anjur Bengkel Pengenalan dan Pembangunan KIK 2026

PEKAN, 27 Januari 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga kerjanya menerusi penganjuran Bengkel Pengenalan dan Pembangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UMPSA 2026 baru-baru ini.

Bengkel anjuran Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) itu telah diadakan di Dewan Bankuet, UMPSA Pekan dan disertai oleh wakil pelbagai pusat tanggungjawab (PTj) universiti.

AUKU 1971 dan Mahasiswa antara Persepsi Lama dan Realiti Baharu

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) sering muncul dalam wacana mahasiswa sebagai simbol kekangan dan pembatasan kebebasan. Dalam banyak perbincangan, AUKU dilihat sebagai undang-undang warisan lama yang tidak lagi selari dengan aspirasi mahasiswa masa kini yang lebih kritikal, berani bersuara dan celik hak. Namun, persoalan yang jarang dibincangkan secara mendalam ialah sama ada AUKU itu sendiri bersifat statik, atau persepsi terhadapnya yang gagal berkembang seiring perubahan kandungan dan pelaksanaannya.

Bahaya Senyap di Sebalik Konkrit Bertetulang: Ancaman Kakisan dan Keperluan Pemeriksaan Struktur Secara Berkala

Bangunan tinggi menjulang, jambatan megah yang merentasi sungai dan lautan, dan lebuh raya bertingkat yang sibuk dan itulah wajah Malaysia yang mempunyai infrastruktur moden dan progresif. Konkrit dan besi tetulang adalah bahan utama dalam pembinaan infrastruktur ini yang sering kita anggap sebagai lambang kekukuhan dan kekuatan. Namun, di sebalik fasad yang kukuh ini, mungkin tersembunyi satu proses kemerosotan konkrit yang beransur-ansur dan senyap iaitu kakisan besi tetulang di dalam konkrit.