Skip to main content

Meneroka Standard Emas Kejuruteraan Kimia di Imperial College London: Suatu Misi Transformasi Strategik UMPSA

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmennya untuk berada di barisan hadapan pendidikan teknikal global menerusi inisiatif mobiliti staf ke Department of Chemical Engineering, Imperial College London. Program mobiliti strategik yang berlangsung selama lima hari bermula 1 hingga 5 Disember 2025 itu telah dilaksanakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Profesor Ts. Dr. Sumaiya Zainal Abidin@Murad.

PERUTUSAN KHAS NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) BERSEMPENA DENGAN RAMADAN AL-MUBARAK 2026/1447 HIJRAH

Assalamualaikum WBT.

Salam sejahtera kepada semua warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang saya hormati dan kasihi. 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran KITA panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, KITA sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan al-Mubarak yang penuh keberkatan. 

Makmal Kesejahteraan Mahasiswa KPT dalam Semangat K.I.T.A UMPSA

Setiap kali saya berdiri di hadapan mahasiswa, saya sentiasa bertanya kepada diri sendiri  adakah kita benar-benar memahami apa yang sedang mereka lalui? Di sebalik senyuman di fakulti, di dewan kuliah, di kolej kediaman, ada cerita-cerita yang tidak selalu terungkap. Ada yang memikirkan tentang yuran dan kos makan. Ada yang menyembunyikan tekanan emosi. Ada yang bergelut mencari rumah sewa yang selamat. Malah, ada yang sekadar mahu didengari.

Pentadbir Profesional Sebagai Arkitek Perubahan: Rekayasa Ekosistem Pembangunan Pelajar

Bersempena dengan ulang tahun Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang ke-24 pada 16 Februari 2026 bersamaan 288 bulan dan 8,766 hari perjalanan institusi, universiti ini bukan sahaja meraikan perjalanan masa, tetapi menandakan kematangan sebuah institusi pendidikan tinggi yang terus berkembang secara dinamik. Dalam tempoh lebih dua dekad, UMPSA telah melalui pelbagai fasa transformasi iaitu daripada institusi teknikal yang berkembang kepada universiti teknologi yang membina identiti melalui inovasi, nilai dan pembangunan insan.

UMPSA terima pengiktirafan EcoCampus Green Flag Pertama ASEAN

GAMBANG, 13 Februari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diiktiraf sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama ASEAN menerima pengiktirafan antarabangsa EcoCampus Green Flag.

Dengan pengiktirafan ini UMPSA kini berada di barisan hadapan sebagai universiti teknikal berteraskan TVET hijau dan inovasi lestari yang diiktiraf di peringkat dunia.