Skip to main content

Sabar tunggu pengumuman rasmi, Teori ‘Raya Mengejut’ tidak tepat

PEKAN, 16 Mac 2026 – Umat Islam di Malaysia dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai teori di media sosial yang mendakwa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan berlaku lebih awal atau secara ‘mengejut’.
Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham berkata, penentuan awal Syawal dalam Islam mempunyai kaedah yang jelas berdasarkan panduan wahyu iaitu melalui kenampakan anak bulan.

Drama Raya UMPSA ‘Kelip-kelip Raya’ cungkil bakat mahasiswa

PEKAN, 16 Mac 2026 – Rakaman drama raya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijalankan di sekitar UMPSA Pekan, Kampung Alor Ara dan Kampung Ulu Parit, Jalan Rompin Lama, Pekan.
Rakaman ini merupakan acara tahunan anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UMPSA. 

Drama raya bertajuk ‘Kelip-kelip Raya’ ini mengisahkan erti persahabatan, pengorbanan dan makna sebenar kebahagiaan. 

Kenapa Allah Menggelarkan Dirinya الله

Membincang nama agung ﷲ bukan sekadar perbincangan linguistik biasa, tetapi ia adalah menyelami lautan makna ketuhanan yang tidak bertepi. Sebagai Guru bahasa Arab, saya akan mengupas rahsia di sebalik pemilihan Allah SWT terhadap lafaz ﷲ sebagai nama diri-Nya yang agung. Rencana ini akan membedah secara terperinci dari sudut nahu (sintaksis) dan sorof (morfologi) dengan dalil-dalil sahih serta rujukan muktabar yang wujud, agar mudah dihadam oleh masyarakat Melayu Malaysia.

Gema Takbir di Ruang Sepi: Rindu yang Tak Pernah Berhujung

Aidilfitri sering dilaungkan sebagai hari kemenangan. Setelah sebulan jiwa dididik dalam madrasah sabar, manusia kembali kepada fitrah yang suci. Takbir bergema membelah hening, pintu rumah terbuka luas buat tetamu, dan salam kemaafan bertukar tangan dalam senyuman.

Namun, seiring putaran waktu dan bertambahnya usia, kita mula menyedari satu hakikat yang sunyi:

Tidak semua Syawal tiba dengan tawa yang utuh.

Tipografi sebagai Cerminan Ketelitian Intelektual

Lima Minit Pertama yang Menghancurkan

Bayangkan seorang profesor memasuki dewan kuliah. Tajuk besar muncul di skrin. Namun, dalam lima minit pertama, pelajar sudah letih. Bukan kerana teorinya terlalu sukar atau topiknya membosankan. Mereka tewas kerana slaid yang sesak, huruf yang kecil, jarak baris yang rapat dan setiap ayat kelihatan sama penting.