Skip to main content

Apa yang Hilang Apabila Seorang Ulama Intelektual Pergi

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah SWT tidak mencabut ilmu daripada manusia dengan menariknya secara tiba-tiba daripada dada mereka. Sebaliknya, ilmu diangkat dengan pemergian para ulama sehingga apabila tiada lagi orang berilmu, manusia akan mengambil pemimpin yang jahil lalu mereka memberi fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain (al-Bukhari, 2002; Muslim, 2006).

UMPSA santuni komuniti edar bubur lambuk bersempena dengan Program Indahnya Ramadan

KUANTAN, 9 Mac 2026 - Dalam menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meneruskan tradisi berkongsi rezeki dengan menganjurkan Program Bubur Lambuk di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Program yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Indahnya Ramadan’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) itu menyaksikan penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada komuniti setempat serta pengunjung masjid.

UMPSA santuni 59 orang anak yatim dan miskin Nur Iman berbuka puasa

KUANTAN, 7 Mac 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh nilai kebersamaan dan keprihatinan sosial menerusi penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Majlis Ramah Mesra Bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Kampung Kempadang, di sini hari ini.

Mengapa Perenggan Penting dalam Penulisan?

Banyak penulisan sebenarnya gagal bukan kerana kekurangan idea tetapi kerana idea tersebut tidak disusun dengan baik. Teks yang dipenuhi ayat panjang tanpa pemisahan yang jelas sering menyebabkan pembaca hilang arah sebelum memahami maksud sebenar penulis. Dalam keadaan ini, perenggan memainkan peranan penting sebagai unit asas yang mengatur aliran pemikiran dalam sesuatu penulisan. Tanpa pemerengganan yang teratur, penulisan mudah menjadi kabur, berulang dan sukar diikuti.

Al-Quran Pandu Digital Perangi Hoax

Gelombang maklumat hari ini bergerak sepantas sentuhan jari. Setiap detik ribuan pesanan, gambar dan video melintasi skrin telefon pintar rakyat Malaysia tanpa sempadan ruang dan masa. Realiti ini menjadikan media sosial bukan sekadar alat komunikasi, bahkan medan pembentukan persepsi dan emosi kolektif. Namun kepesatan ini juga melahirkan sisi gelap berupa hoax dan fitnah digital yang merobek kepercayaan sosial.

Ketenangan Syifa Al-Quran Di Bulan Puasa

Gema azan Maghrib yang membelah keheningan senja sering kali dianggap sebagai garis penamat kepada sebuah keletihan fizikal. Namun, bagi jiwa yang benar-benar mencari, Ramadan sebenarnya merupakan makmal kimia spiritual yang paling agung. Kita sering membicarakan kesihatan mental melalui lensa klinikal yang kaku, sedangkan di hadapan kita terbentang naskhah al-Quran yang menawarkan formula penyembuhan syifa secara menyeluruh.

Adab Membina Universiti

Universiti sering diukur melalui kedudukan dalam penarafan global, jumlah penerbitan penyelidikan atau keupayaan menghasilkan inovasi teknologi. Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin kompetitif, ukuran-ukuran ini menjadi indikator penting kepada prestasi institusi.

Guru Bahasa UMPSA sumbang kepakaran dalam pemurnian kurikulum persekolahan 2027

PUTRAJAYA, 10 Februari 2026 – Seramai tiga orang Guru Bahasa daripada Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijemput sebagai panel pakar dalam Bengkel Kerja Kawal Kualiti Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027 Tahun 2 dan Tingkatan 2. 

Delegasi UMPSA terdiri daripada Zatul Amrah Mohammad Nazri dan  Mahzaton Aqma Abu Talip yang merupakan guru bahasa Korea, serta Khairul Bahri Abdul Samad yang mewakili kepakaran bahasa Jerman.