Wau Pungguk inspirasi seni bina Dewan Tuanku Canselor UMPSA, angkat warisan Pekan ke persada moden
Keunikan Wau Pungguk, antara khazanah permainan tradisional masyarakat Melayu di Pekan, Pahang, menjadi sumber inspirasi kepada reka bentuk Dewan Tuanku Canselor (DTC) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sekali gus memperlihatkan bagaimana warisan budaya tempatan dapat diangkat dan diterjemahkan dalam pembangunan seni bina moden.