Skip to main content

UMPSA himpun universiti dan industri Pantai Timur perkukuh ekosistem inovasi negara

PEKAN, 10 Jun 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan inovasi negara apabila menghimpunkan wakil universiti, industri, agensi kerajaan dan pelabur menerusi Pre-Event: Industry–University Research and Innovation Investment Dialogue Session 2026 (URIIS 2026) Series 5: Empowering East Coast Smart Industry, Local Innovation yang berlangsung di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan.

Program Pemindahan Ilmu ‘Cakna Ubat: Jangan Main Telan’ perkasa kesedaran penggunaan ubat dalam kalangan warga emas

KUANTAN, 4 Jun 2026 – Pusat Penyelidikan Bioaromatik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah berjaya menganjurkan program pemindahan ilmu; Profesor Turun Padang dan SULAM bertemakan ‘Cakna Ubat: Jangan Main Telan!’ di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuantan. 

UMPSA perkukuh kesiapsiagaan graduan melalui GVI, latihan industri berstruktur dan pensijilan profesional

PEKAN, 9 Jun 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmennya dalam melahirkan graduan yang berkualiti, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan menerusi pelbagai inisiatif strategik yang dirangka di bawah Pelan Strategik UMPSA 2026-2030 (UMPSA30).

Ini dibuktikan apabila UMPSA mencapai 97.2 peratus Kadar Bekerja Graduan (GE) bagi tahun 2025. 

Forum Antarabangsa MCIEF bakal buka dimensi baharu kepada pembangunan bakat belia Malaysia-China

BANGI, 7 Jun 2026 - Penganjuran 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum & 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026 sebagai satu platform diplomasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertaraf antarabangsa berjaya menghimpunkan pemain industri, institusi pendidikan, pakar TVET dan delegasi dari Malaysia serta China dalam satu forum strategik yang memfokuskan pembangunan bakat masa hadapan. 

Subscribe to General