UMPSA jadi pilihan persinggahan kereta mewah memasuki edisi ke-3 sempena Pesta Menara Kuantan 188
PAYA BESAR, 1 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sekali lagi menjadi pilihan lokasi persinggahan penganjuran Perhimpunan Kereta Mewah yang memasuki edisi ketiga penganjurannya dengan kerjasama Menara Kuantan 188.
Sebanyak 60 buah kenderaan mewah daripada pelbagai jenama berprestij memulakan perjalanan daripada Kuala Lumpur sebelum membuat persinggahan sementara di UMPSA Paya Besar.