Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Info Sekitar Kampus

UMPSA kenang jasa mantan Lembaga Pengarah Universiti

UMPSA kenang jasa mantan Lembaga Pengarah Universiti

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2024 - Majlis Sanjungan Budi Mantan Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah berlangsung baru-baru ini bagi menghargai sumbangan dan mengenang jasa mantan LPU, YM Raja Khairul Anuar Raja Abd Karim mantan Ahli Silih Ganti LPU Wakil Kementerian Kewangan dan mantan Ahli LPU Wakil Alumni, Madyasir Ahmad Basir.

Hadir dalam majlis, Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha. 


Penyelidikan dan Inovasi


Sumber Manusia

12 staf akademik UMPSA terima surat kenaikan pangkat

12 staf akademik UMPSA terima surat kenaikan pangkat

PEKAN, 17 Disember 2024 – Seramai 12 staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menerima surat surat kenaikan pangkat bagi calon-calon yang berjaya dalam permohonan kenaikan pangkat jawatan akademik. 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha dalam ucapannya menegaskan bahawa kenaikan pangkat bukanlah satu hak, tetapi adalah hasil daripada merit kecemerlangan. 


MyGift

Pilih untuk Berkongsi, 4 penaja hulur bantuan buat pelajar UMPSA

Pilih untuk Berkongsi, 4 penaja hulur bantuan buat pelajar UMPSA

PEKAN, 11 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima sumbangan daripada empat penaja utama dalam Majlis Penyerahan Pilih untuk Berkongsi anjuran Yayasan UMPSA yang diadakan di Dewan Bankuet UMPSA Pekan.

Sumbangan itu bertujuan untuk membantu meringankan beban mahasiswa melalui pelbagai inisiatif pendidikan yang disalurkan oleh penaja-penaja yang terlibat iaitu Lembaga Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Pahang, Yayasan Pelajaran MARA dan Ekuiti Nasional Berhad. 


Akademik dan Antarabangsa


Info Sekitar Kampus

UMPSA anjur Majlis Syarahan Komuniti UMPSA 2024: Keselamatan Organisasi vs Integriti Kepimpinan

UMPSA anjur Majlis Syarahan Komuniti UMPSA 2024: Keselamatan Organisasi vs Integriti Kepimpinan

GAMBANG, 12 Disember 2024 - Program Syarahan Komuniti bertajuk ‘Keselamatan Organisasi vs Integriti Kepimpinan’ yang diadakan di Dewan Astaka UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini menjadi platform perkongsian ilmu kepada mahasiswa dan staf dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu integriti dalam kepimpinan, keselamatan, menghadapi krisis dengan kepimpinan yang kuat dan pemimpin sebagai penentu kejayaan.


Penyelidikan dan Inovasi

Majlis Syarahan Umum Profesor UMPSA

Majlis Syarahan Umum Profesor UMPSA kongsi kepakaran teknologi pemangkin industri masa hadapan dan sistem penyimpanan tenaga mampan

GAMBANG, 5 Disember 2024 - Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Majlis Syarahan Umum Profesor bertempat di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang. 

Majlis Syarahan Umum Profesor hari ini menampilkan Profesor ChM. Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim menerusi syarahannya yang bertajuk ‘Teknologi Pemangkinan: Pemudahcara Sektor Industri Kini dan Masa Hadapan’.


Akademik dan Antarabangsa

UMPSA anjur Pertandingan Kreativiti AI 2024

UMPSA anjur Pertandingan Kreativiti AI 2024: Seni dalam Era Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) pupuk minat pelajar terhadap teknologi

PEKAN, 17 Disember 2024 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program Pertandingan Kreativiti AI 2024: Seni dalam Era Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) sebagai platform untuk memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada pelajar dan generasi muda. 


Info Sekitar Kampus

Program Kelestarian EKSA UMPSA cipta persekitaran kerja lebih hijau, bersih, dan kondusif

Program Kelestarian EKSA UMPSA cipta persekitaran kerja lebih hijau, bersih, dan kondusif

PEKAN, 19 Oktober 2024 - Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Ke-19 (MKK19) baru-baru ini, Unit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Bahasa Moden (PBM), dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan Program Kelestarian EKSA. 

Inisiatif ini melibatkan penanaman 19 pokok pada 19 Oktober lalu di Rimba Komuniti UMPSA Pekan sebagai simbolik bagi meraikan MKK19. 


Akademik dan Antarabangsa

UMPSA anjur Program Kesedaran Sains di SMATAF tingkatkan minat dan kemahiran pelajar

UMPSA anjur Program Kesedaran Sains di SMATAF tingkatkan minat dan kemahiran pelajar

PEKAN, 6 November 2024 – Program Profesor Turun Padang 2024 anjuran Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meningkatkan kesedaran dan minat pelajar Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) terhadap subjek sains. 

Program itu yang berlangsung di Dewan Ibnu Sina, SMATAF, Pekan telah dihadiri 60 pelajar tingkatan satu hingga tiga.


Info Sekitar Kampus

UMPSA laksana Kempen Pelupusan Mushaf dan Bahan Bercetak Teks al-Quran

UMPSA laksana Kempen Pelupusan Mushaf dan Bahan Bercetak Teks al-Quran

PEKAN, 25 November 2024 – Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Kempen Pelupusan Mushaf dan Bahan Bercetak Teks al-Quran yang diadakan bersempena dengan Minggu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) baru-baru ini.

Kempen itu mencapai kejayaan yang membanggakan dengan jumlah bahan bercetak teks al-Quran yang berjaya dikumpulkan mencecah 3,873 kilogram. 


Akademik dan Antarabangsa

UMPSA pacu inisiatif Kecerdasan Buatan secara beretika

UMPSA pacu inisiatif Kecerdasan Buatan secara beretika

GAMBANG, 6 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memimpin perkembangan ilmu Sains dan Teknologi menerusi penganjuran Minggu AI yang bertemakan ‘To Create Awareness for Responsible AI to the Students and Community’. 

Inisiatif ini bertujuan menyebarluaskan ilmu dan kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) kepada masyarakat, khususnya di negeri Pahang Darul Makmur.


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Daripada Bashar kepada Bashir: Iktibar pembebasan Syria

Daripada Bashar kepada Bashir: Iktibar pembebasan Syria

Bashar al-Asad telah pergi, diganti dengan Bashir. Kini, Syria diperintah oleh seorang teknokrat berkelulusan Kejuruteraan dan Syariah, Mohammed al-Bashir, dalam sebuah Kerajaan Peralihan hingga 1 Mac 2025, setelah mendapat mandat daripada kumpulan pembebasan yang diketuai oleh Hai’at Tahrir al-Sham (HTS) dan sekutunya.


Rencana/Artikel Pilihan

Biosumber sebagai alternatif dalam inovasi bahan komposit

Biosumber sebagai alternatif dalam inovasi bahan komposit

Penggunaaan biosumber bagi menghasilkan produk komposit merupakan salah satu alternatif dalam usaha menyokong pembangunan lestari. Biosumber merujuk kepada bahan-bahan semula jadi seperti serat tumbuhan, kayu, dan sisa pertanian yang boleh dijadikan sebagai bahan utama di dalam penghasilan produk komposit. Pendekatan ini tidak hanya mengurangkan kebergantungngan kepada bahan berasaskan fosil tetapi juga menyokong matlamat global yang terkandung dalam Sustainable Development Goals (SDG).


Rencana/Artikel Pilihan

Lenggong Iron Bound: Melangkaui Had

Lenggong Iron Bound: Melangkaui Had

Lenggong, sebuah bandar kecil yang terletak di Perak, sering kali dikaitkan dengan warisan sejarahnya yang kaya. Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Lembah Lenggong terkenal dengan penemuan arkeologi seperti rangka ‘Perak Man’ dan artifak purba yang memberikan gambaran tentang tamadun awal di Asia Tenggara. Namun, baru-baru ini, Lenggong menjadi tumpuan dalam satu dimensi baharu: adventure race yang menguji kekuatan fizikal dan mental, ‘Lenggong Iron Bound: Melangkaui Had’.


Rencana/Artikel Pilihan

Spesies Asing Invasif (IAS) ancam ekosistem air tawar

Spesies Asing Invasif (IAS) ancam ekosistem air tawar

Spesies Asing Invasif (IAS) adalah spesies yang diperkenalkan secara tidak sengaja atau dengan sengaja di luar kawasan geografi asal mereka [1]. IAS yang dilepaskan tanpa kawalan, mendominasi ekosistem dan sering mengakibatkan penurunan populasi spesies asli kerana persaingan makanan, penguasaan habitat dan perubahan rantaian makanan semula jadi. 

FOOTER CREATE PROF AIDA
Newsletter Image
278