Teknologi Kecerdasan Buatan Pemangkin Perubahan Kehidupan Global
Pada dekad ini, Kecerdasan Buatan (AI) telah muncul sebagai salah satu teknologi paling cepat bertumbuh. Keupayaan teknologi AI untuk mengubah pelbagai sektor industri menjadi lebih maju dan dinamik di samping meningkatkan serta memudahkan kehidupan harian di seluruh dunia membuktikan betapa potensi luas merentasi kepelbagaian domain yang dimilikinya. Peri penting kepada semua pihak untuk memahami cara teknologi AI berfungsi, menganalisis kelebihan dan kekurangan teknologi AI serta mengenal pasti teknologi-teknologi AI yang sedang meningkat naik.