Skip to main content

UMPSA, Tentera Darat perkasa inovasi menerusi aplikasi TRIZ

PAYA BESAR, 7 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkasakan peranannya dalam pemindahan ilmu dan pembangunan inovasi apabila bekerjasama dengan Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) bagi menganjurkan Bengkel Pembangunan Inovasi Menggunakan Kaedah Theory of Inventive Problem Solving (TRIZ) Tahun 2026.

UMPSA berjaya kumpul 7.8 juta Endowmen Tuanku Canselor

SELANGOR, 16 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Yayasan UMPSA berjaya mengumpulkan dana Endowmen Tuanku Canselor bernilai lebih RM7.8 juta melalui sumbangan strategik pihak industri, komuniti dan alumni bersempena penganjuran Kejohanan Golf Fillah Tuanku Canselor UMPSA, sebuah inisiatif berprestij yang menghimpunkan komuniti korporat, agensi kerajaan, industri, alumni dan pencinta sukan golf dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta memperluaskan jaringan kerjasama universiti bersama pelbagai pihak bagi menyokong aktiviti

UMPSA raih 4.5 bintang penilaian kualiti data MyMoHES

PEKAN, 14 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih penarafan 4.5 bintang dengan markah keseluruhan 99.8832 peratus dalam Penilaian Kualiti Data MyMoHES bagi status Cut-off Date (COD) 30 Jun 2026.

Pencapaian tersebut diumumkan dalam Mesyuarat Kualiti Data Bil. 2/2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 12 Ogos 2026.

UMPSA, Rejimen 505 Askar Wataniah perkukuh kerjasama pembangunan bakat dan kepimpinan

PEKAN, 11 Ogos 2026 – Hubungan strategik antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Rejimen 505 Askar Wataniah terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat delegasi Rejimen 505 Askar Wataniah ke UMPSA Pekan.

Kunjungan delegasi Rejimen 505 Askar Wataniah diketuai oleh Timbalan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Lt. Kol. Mohd Hasry Bohari bersama Ketua Cawangan Tadbir, Mej. Nik Abd Aziz Nik Mat; Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah, Mej. Saidi Mokhtar.

Subscribe to General