Skip to main content

Pemilihan Perwakilan Pelajar UMP pada 27 November ini

Kuantan, 26 November –Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) digesa agar menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin mereka dengan hadir mengundi dalam Pilihan Raya Kampus pada 27 November ini (Rabu) di  di Dewan Astaka UMP Gambang, Dewan Peperiksaan Mekanikal, UMP Pekan dan Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan  bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin dilantik TNCAA UMP

Kuantan, 25 November- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melantik Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin, 52 sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 November 2019 sehingga 31 Oktober 2022.

Empower Edu-Tour Galak 117 Murid Orang Asli Minat Sains dan Matematik

Kuantan, 20 November- Keceriaan jelas terserlah pada wajah 117 murid Orang Asli daripada empat buah sekolah rendah sekitar Pekan dan Bera apabila menyertai Program Empower Edu-Tour di  Perpustakaan Awam Pahang baru-baru ini. Mereka merupakan murid SK Bukit Gemuruh, SK Iskandar, SK Bukit Rok dan SK Permatang Keledang.

Bapa Terharu Terima Anugerah Khas Anumerta Anak

Kuantan, 16 November- Bapa kepada penerima Anugerah Khas 'Anumerta' Universiti Malaysia Pahang (UMP), Roslan Jodin, 56 tidak pernah menyangka akan mewakili anaknya, allahyarham Mohamad Hakim Roslan menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan kepujian yang diperoleh pada sidang pertama Majlis Konvokesyen UMP Kali ke-14  di bilik kamar Kompleks Sukan UMP.

Subscribe to General