Skip to main content

Aghilan anak pasangan guru raih Anugerah Canselor UMPSA

GAMBANG, 8 November 2025 - “Nobody believes in you. You lost again and again and again. It’s not over until I win.” 

Petikan kata motivasi ini bukan sekadar ungkapan, tetapi menjadi pembakar semangat buat anak muda yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Itulah prinsip Aghilan a/l Ganesan yang berjaya meraih Anugerah Canselor UMPSA pada Majlis Konvokesyen Ke-20 tahun ini.

Kecerdasan Buatan pacu kejayaan Khairul Imran Khalip, Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMPSA 2025

GAMBANG, 8 November 2025 – Ketekunan dan minat mendalam dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) menjadikan Khairul Imran  Khalip, graduan Sarjana Muda Sains Gunaan Analitik Data dengan Kepujian, Pusat Sains Matematik (PSM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sebagai antara bintang cemerlang universiti apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat jaya Cemerlang) 2025.

Ik Shim, penerima Anugerah Diraja ketabahan seorang anak menjadi obor kejayaan

GAMBANG, 8 NOVEMBER 2025 – Di sebalik kejayaan bergelar Jurutera Sistem (Keselamatan Siber) di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA), tersimpan kisah penuh ketabahan seorang anak yang menjadikan kasih dan pengorbanan ibu sebagai sumber kekuatan utama.

Bagi Ik Shim A/P Eh Fhot, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), kejayaan yang digenggam hari ini tidak datang mudah. 

Terima Anugerah Anumerta, isteri kongsi impian arwah suami genggam Doktor Falsafah

GAMBANG, 8 November 2025 – Tiada siapa mampu menolak takdir Ilahi, namun itulah yang dilalui apabila graduan Doktor Falsafah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Allahyarham Wan Ruslan Wan Yusoff, yang pergi dijemput Ilahi pada 16 Mac 2025, sebelum sempat meraikan kejayaan menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD). 

Dengan penuh ketabahan, Julina Jamil, 57, melangkah ke pentas utama Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-20 hari ini untuk menerima Anugerah Anumerta bagi pihak arwah suaminya. 

Konsortium MRI3 Fokus Sektor Utama Negara Dalam Automotif, Logistik Dan Rel

Putrajaya, 6 November 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik peneraju sektor automotif dalam pelaksanaan program Ministry of Higher Education Research and Industry-Infused Incubator (MRI3) atau Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri (MRI3) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi tumpuan terhadap sektor utama negara melibatkan sektor automotif, logistik dan rel.  

Falsafah Majlis Konvokesyen: Menyulam Ilmu, Budi dan Peradaban

Majlis Konvokesyen ialah kemuncak perjalanan akademik seseorang pelajar. Ia bukan sekadar upacara rasmi untuk menerima ijazah. Majlis ini melambangkan kejayaan, kesungguhan dan perjuangan dalam  menuntut ilmu. Dalam konteks Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Majlis Konvokesyen Ke-20 membawa makna yang lebih besar. Ia menzahirkan falsafah pendidikan yang menekankan keseimbangan antara ilmu, budi dan peradaban.

70 pelajar SK Bunut Rendang teruja belajar penghasilan sabun dari minyak terpakai

KUANTAN, 6 November 2025 - Seramai 70 murid Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang (SKBR) teruja kerana menyertai program Eco-Campus-Greenovation 2025 bersempena dengan minggu Ekspo Konvokesyen UMPSA Ke-20 bertempat di UMPSA Kampus Gambang dengan menghasilkan sabun daripada minyak terpakai.

 
Program itu adalah anjuran Pusat Pembangunan Kelestarian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Kelab Eco Nexus UMPSA.

Lebih 600 pelajar meriahkan Karnival Kimia Malaysia (K2M) Pahang 2025 di UMPSA

GAMBANG, 5 November 2025 – Buat julung kalinya, Karnival Kimia Malaysia (K2M) Pahang 2025 yang merupakan program kerjasama antara Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Pahang, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Pahang berjaya dianjurkan bertempat di Dewan Astaka UMPSA Kampus Gambang.

Majlis Perasmian K2M 2025 telah dirasmikan oleh Presiden Institut Kimia Malaysia, Datuk ChM Dr. Soon Ting Kueh.