Skip to main content

200 Sukarelawan Yayasan UMPSA sertai Heroes Team Building 9.0 dan 9.1 2025

MARANG, TERENGGANU, 22 November 2025 – Gabungan antara program Heroes Team Building 9.0 yang diadakan pada 22 hingga 24 November di Kuala Terengganu dan Heroes Team Building 9.1 yang diadakan pada 30 November di Gambang membuktikan bahawa seramai 200 Sukarelawan Yayasan UMPSA terus mengukuhkan semangat kerjasama dan semangat kekitaan melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang penuh dengan cabaran fizikal dan mental.
 

Dari Bilik Kuliah ke Komuniti: Menyemai Nilai untuk Melahirkan Pemimpin

Bayangkan seorang pelajar sedang menanam pokok di kawasan komuniti setempat sambil berbincang tentang cara mengurangkan penggunaan plastik harian. Aktiviti ini bukan sekadar kerja amal namun, ia adalah sebahagian daripada Service-Learning (SULAM) iaitu pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pengalaman praktikal dengan khidmat masyarakat sambil menanam nilai dan kesedaran kelestarian.

Dunia Matematik di Atmosfera Semantik Bahasa Arab

Dalam dunia ilmu yang semakin melaju bersama degupan teknologi dan kecerdasan buatan, bahasa Arab tetap berdiri sebagai bahasa yang sarat dengan kehalusan struktur, keindahan akar, dan kelestarian makna. Al-Jabar pula hadir sebagai bahasa Matematik yang merentas batas logik untuk memetakan hubungan, pola, serta keseimbangan yang teratur.

Pengaruh Bahasa Arab dalam Toponimi Negeri Malaysia: Mitos atau Realiti?

Selama ini, apabila masyarakat berbicara tentang pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu, tumpuannya biasanya hanya pada nama individu seperti Muhammad, Ahmad, Siti, Khadijah, Yusuf, Malik, dan berbagai nama lain yang dikaitkan dengan warisan Islam. Hal ini menyebabkan timbulnya anggapan umum bahawa pengaruh Arab hanya wujud dalam ruang identiti peribadi, bukan dalam struktur geografi atau nama tempat. Namun, beberapa dekad kebelakangan ini, minat terhadap kajian etimologi dan sejarah bahasa mula mencetuskan persoalan baharu.

34 pensyarah UMPSA tamat Latihan dan Pensijilan Profesional TRIZ 

GAMBANG, 28 November 2025 – Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh budaya inovasi dan pemikiran kreatif dalam kalangan warga akademik apabila berjaya melaksanakan siri latihan dan pensijilan profesional TRIZ yang menghimpunkan seramai 34 pensyarah dari pelbagai jabatan. 

Naib Canselor UMPSA rasmi pelancaran BacaHab Pusat Bahasa Moden 

PEKAN, 5 Disember 2025 – Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini meraikan satu inisiatif penting dalam pemerkasaan penguasaan bahasa asing apabila Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah Alias merasmikan BacaHab PBM di Aras 1, Bangunan PBM, Kampus Pekan.