Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Info Sekitar Kampus

UMPSA kenang jasa mantan NC dan TNCPI atas sumbang bakti buat universiti

UMPSA kenang jasa mantan NC dan TNCPI atas sumbang bakti buat universiti

PUTRAJAYA, 25 Januari 2025 - Majlis Sanjungan Budi Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli bagi menghargai dan mengenang jasa bakti kedua-dua tokoh kepimpinan yang banyak menyumbang bakti di universiti ini.


Jalinan Kerjasama

UMPSA jalin hubungan erat dengan industri dan agensi

UMPSA jalin hubungan erat dengan industri dan agensi

SHAH ALAM, 18 Januari 2024 - Penganjuran Program Mesra Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Industri dan Agensi mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan mempertingkatkan jaringan yang lebih erat antara universiti-industri.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, penganjuran program seperti ini merupakan satu lagi sinergi penting dalam pengembangan jaringan strategik UMPSA dengan industri.


Info Sekitar Kampus

UMPSA terima kunjungan Ketua Pengarah Kerja Raya

UMPSA terima kunjungan Ketua Pengarah Kerja Raya

PEKAN, 26 Januari 2025 -Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terima kunjungan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan Ismail yang hadir bersama delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengukuhkan kerjasama di antara JKR dan UMPSA. 

Hadir menyambut delegasi, Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, Pendaftar, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Ts. Izwan Ismail dan barisan pengurusan universiti. 


Info Sekitar Kampus

UMPSA tingkat kawalan keselamatan dan kesejahteraan kampus

UMPSA tingkat kawalan keselamatan dan kesejahteraan kampus

GAMBANG, 18 Januari 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meningkatkan rondaan dan kawalan keselamatan di kampus serta menasihatkan semua pelajar agar sentiasa berhati-hati di Residen Pelajar dan sekitar kampus, khususnya pada waktu malam di kedua-dua kampus Pekan dan Gambang. 

Menurut Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias, pihak universiti mengambil serius tentang keselamatan dan kesejahteraan pelajar ketika berada di dalam kampus universiti.


Ranking

Subjek Perniagaan dan Ekonomi UMPSA dalam kelompok 300 terbaik dunia

Subjek Perniagaan dan Ekonomi UMPSA dalam kelompok 300 terbaik dunia

PEKAN, 22 Januari 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdulah (UMPSA) terus cemerlang apabila empat subjek universiti ini tersenarai dalam kelompok terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subjects 2025 yang diumumkan baru-baru ini. 

Lebih membanggakan apabila buat pertama kalinya subjek Perniagaan dan Ekonomi (Business and Economics) tersenarai dalam kelompok 251–300 terbaik dunia. 


Akademik dan Antarabangsa

UMPSA perluas hubungan kerjasama dengan 6 sekolah persendirian dalam pengantarabangsaan program akademik

UMPSA perluas hubungan kerjasama dengan 6 sekolah persendirian dalam pengantarabangsaan program akademik

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2025, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama enam Sekolah Menengah Persendirian Cina melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam pemerkasaan program akademik universiti.

Hadir menandatangani MoU, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. 


Info Sekitar Kampus

UMPSA tuan rumah Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Usahawan Tani IOT Pahang Berhad

UMPSA tuan rumah Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Usahawan Tani IOT Pahang Berhad

PEKAN, 24 Januari 2025 – Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Usahawan Tani IOT Pahang (KUTIP) Berhad yang berlangsung di Eksekutif Lounge, Perpustakaan UMPSA Pekan selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Agenda utama mesyuarat ini adalah berkaitan pemilihan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari dalam kalangan lapan orang Ahli Lembaga Koperasi.


Penyelidikan dan Inovasi


Komuniti

UMPSA perkasa pertanian mampan melalui Projek Ketum Ayam

UMPSA perkasa pertanian mampan melalui Projek Ketum Ayam

SETIU, 18 Januari 2025 – Seramai 60 orang penduduk tempatan menghadiri program perasmian Projek Ketum Ayam termasuklah 20 orang petani yang telah berdaftar untuk mengikuti dan menjalankan program yang ditawarkan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kampung Ulu Kekabu, Setiu. 

Melalui pelaksanaan Projek Ketum Ayam, UMPSA terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan sektor pertanian mampan. 


Info Sekitar Kampusa

KOPUMPSA terima Anugerah 350 Koperasi Terbaik Malaysia

KOPUMPSA terima Anugerah 350 Koperasi Terbaik Malaysia

KUANTAN, 25 Januari 2025 – Koperasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Berhad (KOPUMPSA) dengan bangganya telah disenaraikan sebagai salah satu penerima Anugerah 350 Koperasi Terbaik Malaysia baru-baru ini. 

Pengiktirafan itu telah disampaikan semasa Majlis Makan Malam Apresiasi ANGKASA Pahang 1 (Timur) yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.


Aktiviti Pelajar

Pelajar program Pengurusan Projek UMPSA hasilkan rekaan landskap untuk manfaat universiti

Pelajar program Pengurusan Projek UMPSA hasilkan rekaan landskap untuk manfaat universiti

GAMBANG, 16 Januari 2025 - Sebanyak 21 hasil rekaan landskap pelajar tahun dua program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI) mempamerkan hasil rekaan landskap mereka bagi kursus Integrated Project Management 1 di bawah seliaan pensyarah FPI, Siti Airin Abdul Ghani. 

Projek tersebut yang melibatkan seramai 160 pelajar itu berpeluang untuk membuat reka bentuk landskap bagi kawasan lapang di sekitar universiti. 


Aktiviti Pelajar

UMPSA jalin hubungan erat dengan komuniti melalui perkongsian kepakaran

UMPSA jalin hubungan erat dengan komuniti melalui perkongsian kepakaran

GAMBANG, 22 Januari 2025 – Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Automotif (AEC) telah mengadakan program PRIHATIN melalui Servis Motosikal yang bertempat di Dataran Kompleks Perkhidmatan Siswa, UMPSA Kampus Gambang. 

Program itu telah dihadiri seramai 84 orang komuniti setempat yang terdiri daripada pekerja kilang, staf UMPSA Holdings, para pelajar, dan staf keselamatan UMPSA. 


Aktiviti Pelajar

Pelajar mobiliti antarabangsa UMPSA sambut perpisahan menerusi aktiviti kebudayaan

Pelajar mobiliti antarabangsa UMPSA raikan hubungan baik

KUANTAN, 20 Januari 2024 – Pusat Hubungan Antarabangsa (PuHA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Majlis Perpisahan Pelajar Mobiliti Semester 1 bagi tahun 2024/2025 di Adena Beach Resort dengan penuh kemeriahan.

Ia bertujuan untuk meraikan kejayaan dan persahabatan yang terjalin sepanjang pengajian para pelajar mobiliti antarabangsa di Malaysia.


Aktiviti Pelajar

Bengkel Asas Tari UMPSA pupuk kesedaran pelihara seni budaya bangsa

Bengkel Asas Tari UMPSA pupuk kesedaran pelihara seni budaya bangsa

GAMBANG, 5 Januari 2025 – Seramai 45 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Bengkel Asas Tari anjuran Kelab Tarian Kencana Pawana dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (BKKW), Pusat Sukan dan Kebudayaan UMPSA pada 3 hingga 5 Januari 2025 di Studio Tari, Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang. 


Aktiviti Pelajar

Saturday Night Live meriah di UMPSA Pekan

Saturday Night Live meriah di UMPSA Pekan

PEKAN, 11 Januari 2025 - Kelab Sigma Melody dengan kerjasama Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (BKKW), Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menjayakan program Saturday Night Live (SNL) di Pusat Aktiviti Pelajar (PAP) UMPSA, Pekan dengan tema pakaian sarong.

Program itu menampilkan persembahan kumpulan muzik dan nyanyian daripada kumpulan yang bernaung di bawah Sigma Melody iaitu Presma Band, Aural Adrenaline dan Baraqah Beggers. 


Rencana/Artikel Pilihan

Meneroka masa depan FinTech dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kewangan di UMPSA

Meneroka masa depan FinTech dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kewangan di UMPSA

Landskap teknologi kewangan (FinTech) sedang berkembang pada kadar yang luar biasa, didorong oleh kemajuan revolusioner dalam kecerdasan buatan (artificial intelligence), blockchain, big data, dan kewangan digital. Secara global, pasaran FinTech diunjurkan mencapai nilai USD698.48 bilion menjelang tahun 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 20.3 peratus dari 2023 hingga 2030.

FOOTER CREATE PROF YATIMAH
Newsletter Image
Bil. 251 Jan. 2025: UMPSA kenang jasa mantan NC dan TNCPI atas sumbang bakti buat universiti