Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Tanggungjawab Sosial Korporat

Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti dan sebar luas pendidikan anak-anak Taun Gusi

Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti dan sebar luas pendidikan anak-anak Taun Gusi

KOTA BELUD, 3 Mei 2025 - Kembara Lestari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA@Negeri di bawah Bayu 3.0) berjaya menyantuni pembangunan komuniti setempat di samping menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui pelbagai aktiviti mengikut kluster seperti teknologi, khidmat komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian, kebudayaan serta sumbangan buat komuniti.


Akademik dan Antarabangsa


Jalinan Kerjasama

UMPSA dan Public Islamic Bank Berhad meterai perjanjian perkasa ekonomi asnaf melalui Program Penternakan Itik Penelur (KELIP)

UMPSA dan Public Islamic Bank Berhad meterai perjanjian perkasa ekonomi asnaf melalui Program Penternakan Itik Penelur ( iTEKAD KELIP )

PEKAN, 13 Mei 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melaksanakan Program Penternakan Itik Penelur ( iTEKAD KELIP ), sebuah inisiatif strategik yang bertujuan memperkasa ekonomi golongan asnaf menerusi sektor penternakan yang berimpak tinggi dan lestari.


Sukan dan Rekreasi

UMPSA rai atlet cemerlang dalam Majlis Apresiasi Atlet 2024

UMPSA rai atlet cemerlang dalam Majlis Apresiasi Atlet 2024

PEKAN, 13 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah  menganjurkan Majlis Apresiasi Atlet UMPSA 2024 bagi meraikan kejayaan dan pengorbanan para atlet yang telah mengharumkan nama universiti sepanjang tahun lalu. 

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah Alias.


Akademik dan Antarabangsa

NC UMPSA suntik minat pelajar masuk universiti, Study@UMPSA

NC UMPSA suntik minat pelajar masuk universiti, Study@UMPSA

TAUN GUSI, KOTA BELUD, 2 Mei 2025 - Seramai 130 pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 telah menyertai program Titipan Hasrat bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Sabah baru-baru ini bersempena dengan Program Kembara Lestari@ Negeri di Bawah Bayu 3.0.

Profesor Dr. Yatimah dalam ucapannya turut memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Aktiviti Pelajar

Pasukan E-Motion UMPSA dinobat Juara Keseluruhan NxGV Challenge 2025

Pasukan E-Motion UMPSA dinobat Juara Keseluruhan NxGV Challenge 2025

SERDANG, 12 Mei 2025 – Pasukan E-Motion dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengharumkan nama universiti apabila muncul sebagai Juara Keseluruhan dalam pertandingan Next Generation Vehicle (NxGV) Challenge 2025 yang mempamerkan kehebatan menghasilkan prototaip kenderaan EV di MAEPS, Serdang  baru-baru ini.


Info Sekitar Kampus

UMPSA komited memperkasakan semangat belia dan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa

UMPSA komited memperkasakan semangat belia dan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa

KUANTAN, 15 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus komited dalam memperkasakan pembangunan mahasiswa berteraskan nilai holistik dan kesejahteraan mental menerusi penganjuran Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat UMPSA 2025.

Program itu digandingkan bersama Pelancaran Bulan Kesihatan Mental UMPSA, bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Kampus Gambang.


Tanggungjawab Sosial Korporat

UMPSA anjur program khidmat komuniti SULAM x BBEC dedah pelajar sekolah kepada konsep kelestarian dan pengurusan air bersih

UMPSA anjur program khidmat komuniti SULAM x BBEC dedah pelajar sekolah kepada konsep kelestarian dan pengurusan air bersih

GAMBANG, 14 Mei 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui inisiatif Service-Learning Malaysia – University for Society (SULAM) dengan kerjasama Bioprocess and Biosystems Engineering Cluster (BBEC) telah berjaya melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang bertemakan ‘Future Earth Generation & Clean Water Heroes’, bertempat di Dewan Astaka UMPSA, Kampus Gambang.


Rencana/Artikel Pilihan

rencana

UMPSA Buktikan Kemampuan Lahirkan Graduan untuk Masyarakat

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai sebuah universiti awam (UA) yang boleh diumpamakan ‘setahun jagung’ jika dibandingkan dengan UA yang lain yang telah lama bertapak seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lain-lain. Kajian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap pengesanan graduan pelajar UMPSA yang mengagumkan telah  membuktikan bahawa kemampuan universiti ini sebagai sebuah universiti yang baharu. 


Rencana/Artikel Pilihan

Pengajian tinggi sebagai satu pelaburan, bukan beban

Pengajian tinggi sebagai satu pelaburan, bukan beban

Sekalung tahniah kepada para pelajar yang baharu menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang pada 24 April 2025 yang lalu.

Kepada yang masih tercari-cari sebab and tujuan anda yang seterusnya, pastikan anda menyambung pengajian anda ke pengajian tinggi samada mengambil kursus diploma, sijil profesional, matrikulasi dan lain-lain.


Rencana/Artikel Pilihan

 Penulis adalah Pengurus di Akademi A.D.A.B, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).   E-mel: hilmy@umpsa.edu.my

Pengalaman kampus bentuk citra dan jati diri mahasiswa holistik

Pengalaman seseorang individu di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sekadar tertumpu kepada pencapaian akademik atau memperoleh segulung ijazah, sebaliknya ia merupakan satu proses pembentukan jati diri yang menyeluruh bertujuan melahirkan graduan yang seimbang, berkeperibadian unggul dan mampu berperanan secara efektif dalam masyarakat. Universiti harus memainkan peranan sebagai fasilitator utama dalam membentuk ekosistem pembelajaran yang holistik, dinamik dan berterusan. 


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Pemangkin Prestasi Kehidupan

Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Pemangkin Prestasi Kehidupan

Dunia sentiasa berubah dan teknologi baharu semakin ke hadapan membuka peluang kepada individu untuk terus belajar serta meningkatkan kemahiran, pengetahuan, ilmu mereka dalam apa bidang sekalipun. Budaya belajar merupakan satu bentuk pelaburan yang sangat menguntungkan kerana ia akan memberi perubahan dari sudut pengkayaan ilmu pengetahun, pemahaan dan membuka minda yang lebih luas. Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu keperluan dalam dunia moden yang bergerak pantas dan penuh ketidaktentuan.


Karya Kreatif

FOOTER CREATE PROF YATIMAH
Newsletter Image
Bil. 258 Mei 2025: Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti dan sebar luas pendidikan anak-anak Taun Gusi