Jaringan kerjasama Perpustakaan UMPSA sumbang bahan hadiah kepada Perpustakaan Prasarana Berhad.
PEKAN, 27 April 2026 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyerahkan sumbangan buku kepada Perpustakaan Prasarana Berhad sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi perpustakaan.