KUALA LUMPUR, 2 Disember 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berbangga menjadi sebahagian daripada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.
Majlis ini menyaksikan usaha kerjasama strategik antara dua kementerian utama dalam membangunkan program Work-Based Learning (WBL), Program Komuniti Tertumpu dan Kolaborasi Industri Pertahanan.
GAMBANG, 20 Disember 2024 - Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad baru-baru ini telah mengadakan Majlis Perasmian Program Inkubator Keusahawanan Asnaf Bakeri di Dewan Serbaguna Bangunan UMPSA Holdings, UMPSA Kampus Gambang.
KUANTAN, 18 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meraih pensijilan MS ISO 9001:2015, sekali gus membuktikan tadbir urus universiti yang cemerlang dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi.
Majlis Penyampaian Sijil dan Apresiasi Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur yang dirasmikan oleh Pengarah Negeri Pahang,SIRIM QAS, Mazlina Manshor yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Hajah Nur Fadhilah Muhammad.
PEKAN, 20 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mempunyai Sekolah Pengajian Siswazah dalam Ekosistem TVET pertama di Malaysia dengan penubuhan Graduate Engineering & Technological Business School (GET-BS) tidak lama lagi.
Institusi ini bakal menjadi Sekolah Pengajian Siswazah yang berteraskan pengurusan dan perniagaan dengan penekanan kepada elemen teknologi serta kejuruteraan.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus cemerlang sebagai universiti teknologi terbaik di Malaysia apabila berada di tangga ke-62 di dunia dalam penarafan UI GreenMetric World University Rankings (UIGWUR) 2024 yang diumum oleh pihak UI GreenMetric baru-baru ini.
TOKYO, 15 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) teroka kerjasama dengan Tsukuba University Jepun bagi menjayakan program Misi Ekosistem Inklusif Jalinan Antarabangsa Komuniti Lestari (MEiJALIN).
Program ini adalah kesinambungan daripada program pengantarabangsaan menanda aras amalan terbaik ekosistem dan komuniti inklusif yang memberdayakan warga Orang Kurang Upaya (OKU) melalui teknologi ke Jepun.
PUTRAJAYA, 18 Disember 2024 – Jurnal terbitan Penerbit Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terpilih sebagai penerima tempat kedua dan ketiga Makalah Jurnal Terbaik dalam Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-15 tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Zaa’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud itu menghimpunkan lebih 50 penerima anugerah merangkumi pencapaian bagi penilaian tahun 2023 meliputi 20 kategori.
PEKAN, 17 Disember 2024 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program Pertandingan Kreativiti AI 2024: Seni dalam Era Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) sebagai platform untuk memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada pelajar dan generasi muda.
GAMBANG, 8 November 2024: Postgraduate Association (PGA), Institusi Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Kursus Bahasa Melayu Komunikasi pada Ogos yang lalu untuk para pelajar antarabangsa yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah.
PEKAN, 20 Disember 2024 – Kempen Kesedaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melabuhkan tirainya pada tahun ini yang bermula pada bulan Julai 2024 yang lalu.
PEKAN, 19 Oktober 2024 - Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Ke-19 (MKK19) baru-baru ini, Unit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Bahasa Moden (PBM), dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) telah menganjurkan Program Kelestarian EKSA.
Inisiatif ini melibatkan penanaman 19 pokok pada 19 Oktober lalu di Rimba Komuniti UMPSA Pekan sebagai simbolik bagi meraikan MKK19.
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara, terutamanya dalam menghadapi cabaran Era Revolusi Industri 4.0 dan keperluan pascapandemik. Malaysian Technical University Network (MTUN), melalui pelan hala tuju TVET Termaju 2030, menetapkan enam teras utama untuk mencapai matlamat ini, termasuk Kecemerlangan Akademik dan Pengantarabangsaan, Kelestarian Teknologi dan Jaringan Industri, dan Keunggulan Bakat.
Pejam celik hanya berbaki beberapa hari sebelum menjelang tahun baharu dan 2024 bakal melabuhkan tirainya. Sudah tentu pelbagai iltizam, niat dan perancangan yang sedang dirangka atau dirancang dalam mendepani tahun baharu. Tahun baharu lazimnya dipenuhi dengan harapan, peluang dan perubahan. Permulaan tahun baharu merupakan satu titik permulaan kepada perubahan yang dirancang, juga sebagai sinar dan harapan dalam meningkatkan prestasi diri dan memotivasikan diri ke arah yang lebih baik.
Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) merupakan terma yang sering kali didengari ketika ini. SDG yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terdiri daripada 17 matlamat yang saling berkaitan dengan 169 sasaran, dibentuk dengan tujuan menyediakan pelan hala tuju global untuk kerajaan, perniagaan, dan masyarakat untuk mencipta masa depan yang mampan.
Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015 merupakan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan yang mempunyai 17 matlamat atau agenda yang digariskan bagi mencapai 169 sasaran khusus.
Albert Einstein seorang ahli fizik dan pemenang hadiah nobel pernah menyatakan, “Science without religion is lame. Religion without science is blind.” (Sains tanpa agama pincanglah, agama tanpa sains butalah). Integrasi kedua-dua ilmu iaitu agama dan sains sangat berperanan dalam perkembangan dunia semasa. Manusia memerlukan Sains dan Teknologi untuk melestarikan dan membangunkan alam.
Tahukah anda kenapa bawang digunakan sebagai bahan tumis dalam masakan? Jawapan pasti tertumpu untuk memperkaya rasa dan aroma hidangan. Rahsia utama yang perlu dirungkaikan adalah fungsi bawang untuk mengelakkan makanan cepat basi dan berfungsi sebagai pengawet semula jadi yang boleh memanjangkan jangka hayat makanan tanpa memerlukan bahan pengawet sintetik.