
Info Sekitar Kampus
22 January 2026
PUTRAJAYA, 20 Januari 2026 - Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datoβ Seri Anwar Ibrahim melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026β2035 (RPN) bertemakan βMemacu Lonjakan Pendidikan Negaraβ yang merangkumi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026β2035 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026β2035.Β
Rancangan ini menandakan langkah penting dalam usaha membina negara berpaksikan kemanusiaan dan dipacu matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.
Info Sekitar Kampus
29 January 2026
PEKAN, 26 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terima kunjungan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan dan delegasi KPT bagi meninjau projek pembangunan di kampus UMPSA Pekan.
Penyelidikan dan Inovasi
2 February 2026
KUALA LUMPUR, 29 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan industri apabila memeterai sebanyak 23 memorandum persefahaman (MoU), memorandum perjanjian (MoA) dan Letter of Intent (LoI) bersama rakan industri tempatan dan antarabangsa dalam Majlis Pertukaran MoU dan MoA UMPSAβIndustri Siri 1 yang berlangsung di Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.Β
Jalinan Kerjasama
30 January 2026
PEKAN, 26 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan kerjasama erat dalam bidang akademik, penyelidikan dan mobiliti antarabangsa dengan Iwate University.Β
Baru-baru ini, Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias menerima kunjungan delegasi daripada Iwate University yang diketuai oleh Presiden Iwate University, Profesor Dr. Satoshi Ogawa bersama Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa), Profesor Dr. Yoko Matsuoka, serta pegawai Pejabat Antarabangsa universiti tersebut.
Info Sekitar Kampus
23 January 2026
PEKAN, 21 Januari 2026 - Pelancaran Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026β2035 oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datoβ Seri Anwar Ibrahim menandakan langkah penting dalam usaha membina negara berpaksikan kemanusiaan, dipacu matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Akademik dan Antarabangsa
23 January 2026
PEKAN, 21 Januari 2025 β Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa apabila empat subjek pengajian berjaya tersenarai dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2026, seperti yang diumumkan oleh Times Higher Education hari ini.
Pengurusan Ilmu
22 January 2026
PEKAN, 22 Januari 2026 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus melangkah ke hadapan dalam usaha meraikan kecemerlangan penyelidikan universiti dengan mewujudkan ruang penghargaan khas yang dikenali sebagai βWall of Fame: UMPSA Top 2% Scientists by Stanford and Elsevierβ
Info Sekitar Kampus
22 January 2026
KUALA TERENGGANU, 22 Januari 2026 β Seramai enam orang staf pentadbir Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menghadiri Mesyuarat Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 sehingga 22 Februari 2026 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.
Akademik dan Antarabangsa
26 January 2026
Gambang, 23 Januari 2026 β Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Fakulti Pengurusan Industri (FPI) dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri terus memperkukuh peranan sebagai universiti berteraskan komuniti menerusi pelaksanaan Program Service-Learning Malaysia β University for Society (SULAM) bagi kursus Supply Chain and Logistics Management (BPQ2223) melalui projek Smart Logistics: Connecting Campus, Community and Industry.
SDG/ESG
26 January 2026
Kuantan, 25 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama KotaSAS, Tanah Makmur Berhad (TMB) telah menganjurkan My Green Community Day dalam usaha memperkasakan kesedaran dan penglibatan komuniti terhadap amalan kelestarian alam sekitar bertempat di Tasek Commercial Center, KotaSAS.
Akademik dan Antarabangsa
26 January 2026
Gambang, 23 Januari 2026 β Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus komited melahirkan graduan yang holistik, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri apabila Fakulti Pengurusan Industri (FPI) berjaya menganjurkan Program Pensijilan Kompetensi: Lean Six Sigma@Yellow Belt melibatkan pelajar prasiswazah fakulti tersebut pada 17 hingga 19 Januari 2026.Β
Info Sekitar Kampus
29 January 2026
PEKAN, 27 Januari 2026 β Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga kerjanya menerusi penganjuran Bengkel Pengenalan dan Pembangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UMPSA 2026 baru-baru ini.
Bengkel anjuran Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) itu telah diadakan di Dewan Bankuet, UMPSA Pekan dan disertai oleh wakil pelbagai pusat tanggungjawab (PTj) universiti.
Tanggungjawab Sosial Korporat
30 January 2026
Kuantan, 19 Januari 2026 β Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MATAHARI) terus komited dalam menyantuni golongan yang memerlukan menerusi penganjuran Program Bantuan Persekolahan atau Back to School (BTS) bagi sesi persekolahan tahun 2026.
Program tahunan persatuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak, khususnya bagi keluarga asnaf, fakir miskin, dan ibu tunggal.
Rencana/Artikel Pilihan
30 January 2026
Keputusan Kerajaan meletakkan program Tingkatan 6 dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula tahun hadapan, disokong dengan peruntukan RM100 juta bagi naik taraf fasiliti, merupakan satu langkah reformasi penting dalam landskap pendidikan negara. Langkah ini bukan sekadar penstrukturan semula pentadbiran, tetapi mencerminkan hasrat kerajaan untuk membina laluan pendidikan yang lebih tersusun, bersepadu dan berkualiti daripada peringkat prauniversiti ke pendidikan tinggi.
Rencana/Artikel Pilihan
30 January 2026
Pendigitalan TVET
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara, terutamanya dalam menghadapi cabaran Era Revolusi Industri 4.0 dan keperluan pascapandemik. Malaysian Technical University Network (MTUN), melalui Pelan Hala Tuju TVET Termaju 2030, menetapkan enam teras utama untuk mencapai matlamat ini, termasuk Kecemerlangan Akademik dan Pengantarabangsaan, Kelestarian Teknologi dan Jaringan Industri, dan Keunggulan Bakat.Β
Rencana/Artikel Pilihan
29 January 2026
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) sering muncul dalam wacana mahasiswa sebagai simbol kekangan dan pembatasan kebebasan. Dalam banyak perbincangan, AUKU dilihat sebagai undang-undang warisan lama yang tidak lagi selari dengan aspirasi mahasiswa masa kini yang lebih kritikal, berani bersuara dan celik hak. Namun, persoalan yang jarang dibincangkan secara mendalam ialah sama ada AUKU itu sendiri bersifat statik, atau persepsi terhadapnya yang gagal berkembang seiring perubahan kandungan dan pelaksanaannya.
Rencana/Artikel Pilihan
28 January 2026
Bangunan tinggi menjulang, jambatan megah yang merentasi sungai dan lautan, dan lebuh raya bertingkat yang sibuk dan itulah wajah Malaysia yang mempunyai infrastruktur moden dan progresif. Konkrit dan besi tetulang adalah bahan utama dalam pembinaan infrastruktur ini yang sering kita anggap sebagai lambang kekukuhan dan kekuatan. Namun, di sebalik fasad yang kukuh ini, mungkin tersembunyi satu proses kemerosotan konkrit yang beransur-ansur dan senyap iaitu kakisan besi tetulang di dalam konkrit.
Rencana/Artikel Pilihan
28 January 2026
Perkembangan pesat media sosial, khususnya platform berasaskan video pendek seperti TikTok dan Instagram Reels telah membawa perubahan ketara dalam penggunaan bahasa untuk difahami oleh pengguna media sosial. Dalam konteks Malaysia yang bersifat majmuk dari segi bahasa, budaya dan agama, fenomena ini menjadi semakin kompleks dan signifikan.
Rencana/Artikel Pilihan
27 January 2026
Keformalan yang Mengelirukan
Frasa βadalah dimaklumkan bahawaβ telah sekian lama dianggap lambang keformalan dalam penulisan rasmi bahasa Melayu. Hampir setiap penjawat awam, guru, pelajar dan penulis pernah menggunakannya dalam surat, laporan atau pengumuman. Ayat seperti βAdalah dimaklumkan bahawa mesyuarat ditangguhkanβ kelihatan kemas, rasmi dan berwibawa. Namun dari sudut tatabahasa standard, frasa inilah antara contoh klasik penggunaan kata pemeri yang tidak perlu dan tidak tepat.
Rencana/Artikel Pilihan
27 January 2026
Dalam dunia akademik, media, dan komunikasi digital hari ini, kesilapan dalam menulis transliterasi bahasa Arab semakin menjadi lumrah. Jika artikel sebelum ini, βJawi dan Transliterasi Bahasa Arab: Masih Relevankah dalam Era Digital?β membincangkan kepentingan transliterasi dalam konteks moden, artikel ini menyelami mengapa kesilapan tersebut masih berleluasa dan bagaimana kita boleh memperbaikinya.
Rencana/Artikel Pilihan
27 January 2026
Penyelidikan mengenai tataadab hidrasi yang diwariskan melalui tradisi kenabian sering kali dilihat sekadar sebagai amalan ritualistik tanpa menyedari bahawa setiap pergerakan manusia menyimpan rahsia fisiologi yang amat mendalam. Hakikat keberadaan jasad manusia sebagai sebuah sistem biomesin yang kompleks menuntut keselarasan antara tindakan fizikal dengan mekanisme dalaman agar setiap titisan air yang mengalir membawa rahmat serta kesihatan yang hakiki.Β
Rencana/Artikel Pilihan
27 January 2026
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kesibukan sering dianggap lambang kejayaan. Jadual yang padat, mesej yang tidak putus-putus, mesyuarat bertindih, dan tuntutan kerja tanpa henti menjadi rutin harian kebanyakan individu. Namun, di sebalik kesibukan yang dipuja ini, semakin ramai sebenarnya sedang kehilangan sesuatu yang jauh lebih berharga iaitu ketenangan jiwa.
Rencana/Artikel Pilihan
26 January 2026
Perkahwinan yang indah sepanjang hayat adalah sesuatu yang sering diimpikan oleh setiap insan. Suatu episod kehidupan yang disulami dengan pelbagai kisah suka dan duka dengan ditemani insan tersayang yang sedia berkongsi segalanya. Sering kali, pasangan suami isteri diingatkan untuk sentiasa bersabar dan bertolak ansur. Ini kerana, setiap suami dan isteri memiliki pandangan dan pemikiran yang berbeza kerana latar belakang yang unik.
Rencana/Artikel Pilihan
26 January 2026
Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026β2035 bukan sekadar sebuah dokumen dasar atau pelan pentadbiran jangka panjang. Ia merupakan satu pernyataan strategik negara yang memaksa universiti di Malaysia berdepan persoalan paling sukar: adakah institusi ini benar-benar bersedia berubah, atau sekadar mengekalkan kesinambungan lama atas nama kestabilan?
Rencana/Artikel Pilihan
26 January 2026
Strategi persediaan peperiksaan dalam kalangan pelajar sering kali terperangkap dalam kepompong mekanistik yang hanya mementingkan pengumpulan data tanpa meraikan hakikat kemanusiaan yang bersifat holistik. Kupasan mengenai pendekatan Fitrah, Fokus, serta Fleksibel ini menuntut sebuah anjakan paradigma yang lebih mendalam, memandangkan proses menuntut ilmu dalam tradisi Islam merupakan satu bentuk ibadah yang perlu dilaksanakan dengan penuh adab dan keteraturan sistemik.
Rencana/Artikel Pilihan
23 January 2026
Pengumuman Dasar Pendidikan Percuma bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar daripada keluarga miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026β2035 merupakan satu langkah berani dan berprinsip. Ia bukan sekadar inisiatif kewangan, tetapi satu manifestasi nilai keadilan sosial dan pendidikan untuk semua, dengan aspirasi besar: keciciran sifar dan tiada sesiapa yang tercicir daripada pendidikan tinggi.
Rencana/Artikel Pilihan
23 January 2026
Platform digital global merupakan antara cabaran paling serius terhadap sistem pendidikan tinggi konvensional. Platform ini merujuk kepada ekosistem digital berskala antarabangsa yang menawarkan pembelajaran, pensijilan, penilaian kemahiran dan peluang pekerjaan tanpa bergantung kepada universiti. Contoh yang jelas termasuk Coursera dan edX dalam pembelajaran, Google Career Certificates dan AWS Training dalam pensijilan industri, serta LinkedIn dan Upwork dalam penilaian kemahiran dan pasaran kerja global.
Rencana/Artikel Pilihan
23 January 2026
Setiap tahun baharu hadir bukan sekadar dengan angka yang bertukar, tetapi dengan satu peluang besar peluang untuk menilai semula perjalanan hidup dan menulis cerita yang lebih baik daripada sebelumnya. Peluang yang memberi kita pilihan dalam melangkah ke tahun baharu bukan tentang memadam masa lalu, tetapi tentang menutup buku lama dengan baik, mengambil hikmah daripadanya, dan mengangkat pena baharu untuk menulis kisah yang lebih bermakna.
Rencana/Artikel Pilihan
23 January 2026
Pulau Tioman, Permata Tropika di Laut China Selatan
Rencana/Artikel Pilihan
23 January 2026
Bulan Syaaban muncul sebagai satu noktah peralihan yang sarat dengan rahsia ketuhanan dalam kitaran kalendar Hijrah namun sering kali ia tenggelam dalam keasyikan manusia yang terleka antara kemuliaan Rajab dan kesucian Ramadan.
Rencana/Artikel Pilihan
22 January 2026
Dalam ekosistem pendidikan tinggi, penerbitan ilmiah merupakan elemen teras yang membentuk identiti, kredibiliti dan legasi seorang sarjana. Penerbitan bukan sekadar medium penyebaran dapatan penyelidikan, malah menjadi asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan, penilaian kecemerlangan akademik, serta pengiktirafan kepakaran seseorang dalam bidang tertentu. Justeru, penerbitan harus difahami sebagai suatu proses ilmiah yang berterusan dan strategik, bukannya sekadar hasil sampingan aktiviti penyelidikan.
Rencana/Artikel Pilihan
22 January 2026
Pendidikan tinggi bukan sekadar medan untuk melahirkan tenaga kerja mahir semata-mata, sebaliknya ialah kawah pengadun yang membentuk jiwa dan identiti sesebuah negara bangsa.Β
Rencana/Artikel Pilihan
22 January 2026
Keajaiban ciptaan Allah SWT sering kali tersembunyi di sebalik kehalusan helaian yang paling kerdil di alam raya ini sebagaimana yang diperlihatkan melalui sutera labah-labah daripada Order Araneae yang merupakan satu mahakarya biomaterial yang tiada tandingannya.
Rencana/Artikel Pilihan
20 January 2026
Profesion pensyarah merupakan antara kerjaya akademik yang paling signifikan dalam ekosistem pendidikan tinggi. Peranan seorang pensyarah tidak terbatas kepada penyampaian ilmu semata-mata, sebaliknya merangkumi tanggungjawab membentuk pemikiran kritis, nilai profesional dan jati diri pelajar sebagai bakal graduan yang berdaya saing. Oleh itu, persiapan untuk menjadi pensyarah perlu difahami sebagai satu proses menyeluruh yang melibatkan pembangunan ilmu, kemahiran pedagogi, integriti akademik serta kesediaan menghadapi cabaran pendidikan tinggi masa kini.
Rencana/Artikel Pilihan
20 January 2026
Bayangkan sebuah permainan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan pingpong, serta boleh dimainkan oleh semua peringkat usia sebagai sukan riadah.Β
Itulah pickleball (bola pikel).Β
Karya Kreatif
|