UMPSA jalin hubungan erat dengan komuniti melalui perkongsian kepakaran
GAMBANG, 22 Januari 2025 – Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Automotif (AEC) telah mengadakan program PRIHATIN melalui Servis Motosikal yang bertempat di Dataran Kompleks Perkhidmatan Siswa, UMPSA Kampus Gambang.
Program itu telah dihadiri seramai 84 orang komuniti setempat yang terdiri daripada pekerja kilang, staf UMPSA Holdings, para pelajar, dan staf keselamatan UMPSA.