Pengalaman menarik pelajar antarabangsa UMPSA ketika Sambutan Bulan Kemerdekaan
Tanggal 31 Ogos setiap tahun sambutan Merdeka di Malaysia diadakan sebagai acara tahunan untuk memperingati hari kemerdekaan negara daripada penjajahan British pada tahun 1957. Menjelang sambutan ini suasana seluruh negara meriah dipenuhi dengan Jalur Gemilang yang kelihatan berkibaran di merata-rata tempat. Pelbagai aktiviti juga dilaksanakan di pelbagai peringkat dalam usaha terus memperingati dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh perjuangan dan sejarah perkembangan negara ini.