Skip to main content

Syazaliyana Razanabihah raih Anugerah Ikon Alumni Inspirasi UMPSA 2024

GAMBANG, 16 April 2025 – Malam Anugerah Mercu Sanjung Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2024 (MARS) menjadi saksi pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang alumni apabila Syazaliyana Razanabihah Surahman diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Alumni Inspirasi, atas pencapaian luar biasa dalam bidang Keusahawanan dan komitmen tinggi beliau terhadap kebajikan mahasiswa.

Faqrur raih Anugerah Mercu Sanjung UMPSA 2024, angkat martabat seni dan warisan budaya

GAMBANG, 16 April 2025 – Nama Nurhaiqal Faqrur Islam Norashid kini terpahat indah dalam lipatan sejarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Mercu Sanjung UMPSA 2024 dalam satu majlis gilang-gemilang baru-baru ini iaitu Majlis Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2024 yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA. 

Lebih bermakna beliau turut dianugerahkan dengan Anugerah Ikon Seni dan Warisan.

Keunikan juadah tradisional Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tarik minat pelajar antarabangsa di UMPSA

Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati juadah raya bersama-sama. Setiap keluarga mempunyai juadah kegemaran istimewa yang akan dihidangkan ketika hari raya. Juadah-juadah ini dinikmati bersama keluarga, jiran dan juga mereka yang berkunjung beraya dan ziarah menziarahi. Selain menikmati kelazatan juadah raya, cara ini juga dapat mengeratkan silaturahim melalui penyediaan dan perkongsian makanan istimewa.

Teaching in China: An Experience of Academic Journey Beyond Borders

Earlier this year, we had the privilege of spending two weeks at Sichuan Aerospace Vocational College (SCAVC) in Chengdu, China. This visit was part of a meaningful collaboration between Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) and SCAVC through an academic programme by UMPSA Advanced. Our mission was to deliver several engineering courses to a group of engineering students in SCAVC, and while we came prepared to teach, we ended up learning just as much along the way.

Tulang Rapuh, Semangat Besi: Usia Bukan Penghalang

Sejajar dengan peningkatan usia, ramai dalam kalangan kita mula menyedari hakikat bahawa anggota tubuh badan tidak lagi kuat seperti dahulu. Setiap langkah menjadi semakin perlahan, tulang tidak lagi sekuat masa muda, dan sendi pula sering kali terasa sakit. Namun, perkembangan dalam bidang Sains Kesihatan dan Sukan membuktikan bahawa penuaan tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita berhenti dari melakukan pergerakan mahupun aktiviti fizikal.

UMPSA celebrates 115 loyal staff members in Majlis Sanjungan Budi 2025

PEKAN, 14 April 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) honoured the service and dedication of 115 staff members who have devoted two decades of service to the university in Majlis Sanjugan Budi 2025, held in conjunction with the Vice-Chancellor’s Address Ceremony at the Multipurpose Hall, UMPSA Pekan.

The annual ceremony was held to express appreciation for staff members who have served the university for 20 years.