PERUTUSAN KHAS NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) BERSEMPENA DENGAN TAHUN BAHARU 2026
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
PEKAN, 20 Disember 2025 – Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah program teater Senandika Buka Panggung (SBP) bertempat di Dewan Peperiksaan Mekanikal (DPM), Fakulti Teknikal Kejuruteraan Mekanikal dan Automatif (FTKMA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
SBP adalah penjenamaan semula acara tahunan yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Senandika Show Time’ yang merupakan salah satu inisiatif untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Kibaran Jalur Gemilang bukan sekadar kain yang menari ditiup angin, tetapi lambang sakti yang menganyam jiwa merdeka sebuah nusa bernama Malaysia. Dalam bingkai kemerdekaan yang diraih penuh jerih, tersematlah lima tiang seri agung, yang menjadi suluh dan panduan setiap warganegara itulah Rukun Negara.
Apabila Dunia Digital Menjadi Keperluan Asas
Angin lewat Disember selalunya tiba dengan nada yang berbeza, bukan sekadar sebagai fenomena meteorologi yang menggerakkan dedaun kering di halaman, tetapi sebagai isyarat alam tentang peralihan yang sedang berlaku secara senyap. Langit kelabu yang menggantung rendah di kaki ufuk sering ditafsir sebagai muram oleh pandangan yang letih, namun bagi jiwa yang terlatih untuk berdiam dan merenung, ia menyerupai kanvas kosong yang mengundang ketenangan.
Konvoksyen merupakan suatu temasya meraikan para graduan setelah bertahun-tahun berada di institusi-instusi pengajian tinggi. Segulung ijazah yang diperoleh bukan sahaja penamat ilmu tetapi satu pengesahan sebagai insan berilmu. Sebaliknya, ilmu yang diperolehi itu seiring dengan adab dan keperibadian seseorang insan bagi memperlihatkan kejayaan membentuk peribadi disamping memperkukuhkan nilai serta rasa tanggungjawab dalam kehidupan selepas ini.
Peranan seseorang guru bahasa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bukan sekadar tertumpu kepada pengajaran kursus-kursus bahasa dan komunikasi di bilik kuliah semata-mata. Di Pusat Bahasa Moden (PBM), kepakaran mereka dalam bidang bahasa, komunikasi dan kepekaan unsur silang budaya telah membolehkan mereka menyumbang secara signifikan dalam pelbagai aspek pentadbiran, penganjuran acara serta komunikasi korporat universiti.
PEKAN 29 Disember 2025 - Sebanyak 100 batang pokok hutan telah berjaya ditanam di Rimba Komuniti, UMPSA Pekan menerusi program penanaman pokok yang melibatkan seramai 50 orang sukarelawan pelajar dan staf sempena Hari Antartika.
Amanah akal yang ditiupkan Tuhan ke dalam sanubari manusia merupakan sebuah gedung rahsia yang paling luhur sehingga setiap inci gerak geri kehidupan ini memerlukan benteng perlindungan yang ampuh agar tidak dicerobohi oleh anasir noda. Sejarah peradaban Melayu telah lama mengajarkan kita tentang konsep kerahsiaan melalui kiasan serta metafora seperti peribahasa biar pecah di perut jangan pecah di mulut yang mencerminkan betapa nilai integriti maklumat adalah tunjang kepada maruah diri dan kestabilan sosiologi.
Kedaulatan diri dalam belantara digital hari ini bukan sekadar persoalan teknokratik yang dilingkari kod komputer semata mata, malah ia merupakan manifestasi maruah insani yang paling dalam. Sejarah peradaban manusia telah lama mengajarkan bahawa rahsia dan privasi adalah benteng terakhir yang membezakan antara merdeka dengan perhambaan. Apabila kita menelusuri garis masa sosiologi masyarakat, maklumat peribadi dahulunya tersimpan rapi dalam lipatan adat dan adab yang dipanggil sebagai aib atau kehormatan diri.