Skip to main content

Jurnal UMPSA jadi wadah ilmu, raih pengiktirafan Anugerah MAPIM-KPT Ke-16

PUTRAJAYA, 9 Disember 2025 – Penerbit Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengukuhkan reputasi sebagai penerbit akademik berprestij apabila dua makalah yang diterbitkan di dalam jurnal terbitannya meraih pengiktirafan di Anugerah MAPIM-KPT ke-16, sekali gus mengangkat peranan UMPSA sebagai wadah ilmu berimpak tinggi.

Profesor Madya Ts. Dr. Lee Chia Kuang raih 2 anugerah di PROMAC 2025

PUTRAJAYA, 10 Disember 2025 - Penyelidikan yang dibangunkan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Fakulti Pengurusan Industri (FPI) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Madya Ts. Dr. Lee Chia Kuang sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila memenangi dua anugerah utama di Project Management Conference (PROMAC 2025) anjuran The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) di Everly Hotel, Putrajaya. 

Dr. Tasyrif Ghazali, Pentadbir UMPSA pertama terima Anugerah Buku Negara

SHAH ALAM, 3 Disember 2025 - Tidak merancang untuk menerbitkan buku ilmiah, Dr. Muhamad Tasyrif Ghazali mencipta kecemerlangan apabila menjadi pentadbir Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pertama menerima Anugerah Buku Negara 2024-2005 bagi kategori Buku Sains Sosial Terbaik (Pendidikan dan Akademik) menerusi buku Pelan Penggantian: Strategi Peralihan Kepemimpinan dan Kestabilan Organisasi dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025, Setia City Convention Centre 2, Shah Alam. 

UMPSA terima Geran Penyelidikan YPASM bernilai RM100,000

BANGI, 8 Disember 2025 - Pengarah Kanan Centre for Advanced Mobility & Aerospace Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Rizalman Mamat dianugerahkan geran penyelidikan berprestij, Dana Agensi Tahun 2025 sebanyak RM100,000 daripada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). 

28 MPP baharu UMPSA angkat sumpah tunai kewajiban, perkukuh demokrasi kampus

KUANTAN, 10 Disember 2025 -  Kematangan demokrasi kampus di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menyerlah apabila Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 berlangsung dengan penuh simbolik kepimpinan malam ini di Grand Darul Makmur Hotel. 
 

Meja Bulat UMPSA buka Wacana Kebangsaan tentang Nadir Bumi dan Masa Depan Malaysia

KUANTAN, 8 Disember 2025 – Perbincangan strategik mengenai masa depan industri nadir bumi negara mendapat perhatian yang tinggi apabila Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Friends of Sustainable Malaysia dan CONFEXHUB menganjurkan Perbincangan Meja Bulat bertemakan ‘Malaysia’s Rare Earth Crossroads: Powering A Green Future, Protecting Our Natural Heritage’ di UMPSA Holdings Hall, Gambang. 

Biar Peluh Jadi Pahala

Dalam denyut nadi kehidupan moden yang bergerak laju, di tengah kota yang tidak pernah tidur dan desa yang terus bernafas perlahan, bekerja bukan lagi sekadar satu tuntutan duniawi namun, ia adalah fitrah yang mengikat manusia dengan maruah, rezeki, dan harga diri. Di zaman aplikasi mendahului tenaga, dan robot menggantikan sebahagian kudrat manusia, persoalan tentang makna bekerja menjadi semakin mendalam.

Playing Victim sebagai Strategi Komunikasi Politik dan Kesan terhadap Kebertanggungjawaban Awam

Fenomena ‘Playing Victim’ atau ‘Mentaliti Mangsa’, tidak lagi terhad kepada interaksi interpersonal tetapi telah berkembang sebagai suatu bentuk strategi komunikasi politik dalam konteks demokrasi kini. Dalam arena politik, taktik ini merujuk kepada kecenderungan ahli politik, parti atau kelompok berkepentingan untuk menampilkan diri sebagai pihak yang dizalimi, dianiaya atau menjadi objek konspirasi setiap kali berdepan tekanan awam, kegagalan pentadbiran, kelemahan dasar atau dakwaan salah laku.