Skip to main content

Lagu Raya Hari Ini: Ke Mana Hilangnya Nilai Estetika?

Lagu Hari Raya merupakan sebahagian daripada khazanah budaya masyarakat Melayu. Setiap kali menjelang Aidilfitri, lagu-lagu ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi medium yang membangkitkan nostalgia, emosi kekeluargaan dan memori kolektif masyarakat. Namun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, karya-karya hari raya generasi baharu dilihat semakin kehilangan nilai estetika dan arah dalam penghasilan karya.

Rentak Muzik yang Tidak Menarik

Hikmah Puasa 30 Hari

Kehidupan manusia moden sering kali terperangkap dalam pusaran rutin yang menyesakkan sehingga kita terlupa untuk menekan butang jeda bagi merawat jasmani dan rohani yang kian lesu. Ramadan hadir sebagai sebuah naskhah agung yang bukan sekadar ritual menahan lapar dan dahaga, malah ia merupakan sebuah makmal biokimia dan psikologi yang beroperasi selama 30 hari untuk menstruktur semula setiap inci kewujudan kita.

UMPSA Santuni Warga Kampus dalam Majlis Berbuka Puasa

PEKAN, 11 Mac 2026 - Kehangatan Ramadan terus dirasai dalam kalangan warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) apabila universiti hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang menghimpunkan barisan pengurusan universiti, staf dan pelajar di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan.

Majlis ini menjadi platform yang menyatukan warga universiti dalam suasana penuh keberkatan di samping mengukuhkan hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi universiti dengan komuniti kampus.

UMPSA sambut pelajar baharu menerusi Hari Suai Kenal secara dalam talian

PEKAN, 7 Mac 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyambut kehadiran pelajar baharu ambilan Mac 2025/2026 menerusi penganjuran Hari Suai Kenal (HSK) yang dilaksanakan secara dalam talian.

Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar baharu kepada ekosistem universiti, sistem pembelajaran serta kehidupan kampus sebelum memulakan pengajian secara rasmi.

UMPSA anjur Konvensyen Perkongsian Amalan Terbaik Pasca Mobiliti Staf 2025

GAMBANG, 5 Mac 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Konvensyen Perkongsian Amalan Terbaik Pasca Program Mobiliti Staf UMPSA dengan kehadiran hampir 200 orang staf universiti.

Program ini bertujuan menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik hasil penyertaan staf dalam program mobiliti di dalam dan luar negara.

190 Warga UMPSA sertai Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour

PEKAN, 13 Mac 2026 – Seramai 190 warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhimpun di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan bagi menjayakan Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour yang berlangsung pada 10 Ramadan terakhir di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan. 

Program anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMPSA itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan warga kampus untuk lebih mendekati dan mentadabbur al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.