Skip to main content

Lim Jia Xin raih Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings hasil kecemerlangan akademik dan inovasi 

PEKAN, 1 NOVEMBER 2026 – Pencapaian cemerlang dalam bidang Bioteknologi Industri membawa Lim Jia Xin, 24, menerima Anugerah Kecemerlangan UMPSA Holdings Sdn. Bhd. pada Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). 

Graduan dari Johor Bahru itu menamatkan pengajian dengan PNGK 3.80 dan Kepujian Kelas Pertama. 

Sepanjang empat tahun pengajian, beliau turut menerima Anugerah Dekan pada setiap semester. 

29 alumni kembali ke UMPSA, imbau kenangan di alma mater

PEKAN, 31 Oktober – Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-21 kali ini lebih bermakna apabila seramai 29 alumni kembali menjejakkan kaki ke alma mater bagi meraikan detik bersejarah graduan baharu universiti itu.

Aktif berbakti, berani mencabar diri, Muhammad Aliff Firdaus rangkul Hadiah Kecemerlangan Inklusif Abdullah Bin Ummi Maktum UMPSA

PEKAN, 1 November 2026 – Keberanian mencabar kemampuan diri, kesungguhan menimba ilmu dan komitmen dalam melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti universiti menjadi antara pengalaman berharga yang mengiringi perjalanan Muhammad Aliff Firdaus  Saffi’ai, 25, sehingga berjaya merangkul Hadiah Kecemerlangan Inklusif Abdullah Bin Ummi Maktum pada Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang berlangsung di Dewan Canselor Tuanku (DTC), UMPSA Pekan.

Fatin Nabilah raih Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak Sabah, buktikan ketekunan dalam bidang Farmaseutikal

PEKAN,  1 November 2026 – Berbekalkan ketekunan dalam penyelidikan dan semangat untuk terus maju, graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Fatin Nabilah Asyirah  Monding, 24, membuktikan bahawa usaha berterusan mampu menghasilkan kejayaan apabila meraih Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak Sabah bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-21.

Jiwa sukarelawan bawa Halimatus Sa'diyyah rangkul Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Sukarelawan dan Tanggungjawab Sosial UMPSA

PEKAN, 1 Novemer 2026 - Berpegang teguh kepada prinsip hidup bahawa manusia dikurniakan dua tangan, satu untuk membantu diri sendiri dan satu lagi untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain, menjadi pendorong utama kejayaan Halimatus Sa'diyyah Abd Rahman@Abdul Aziz dinobatkan penerima Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Sukarelawan dan Tanggungjawab Sosial bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-21 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC) hari ini. 

4 penerima Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang jadi inspirasi graduan UMPSA

PEKAN, 1 November 2026 – Kecemerlangan akademik, kesungguhan menimba ilmu dan komitmen dalam membangunkan potensi diri menjadi antara faktor yang mengangkat empat pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai penerima Hadiah Kecemerlangan Yayasan Pahang bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-21 UMPSA yang berlangsung di Pekan hari ini.

Empat penerima berkenaan ialah Noor Fakrullah Eiman  Mohd Noor, Ainun Izzati Farhanah Abdul Azizi, Tong Yu Shan dan Tay Jun Yan. 

Dharshica Darini raih Anugerah Kecemerlangan BASF PETRONAS Chemicals 2026

PEKAN, 31 Oktober 2026 – Kecemerlangan akademik yang disertai penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan pendedahan industri melayakkan graduan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dharshica Darini A/P Mohan, menerima Anugerah Kecemerlangan BASF PETRONAS Chemicals 2026 bersempena Majlis Konvokesyen UMPSA 2026.