Skip to main content

Aspirasi Mahasiswa UMPSA dalam Kerangka Mental Model dan Pelan Strategik

Dalam perbincangan tentang pembangunan universiti, perhatian sering tertumpu kepada pelan strategik dan pelaksanaan institusi. Namun, satu dimensi yang kurang diberi perhatian ialah bagaimana mahasiswa memahami dan mengaplikasikan kerangka tersebut dalam pembinaan diri. Dalam konteks Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), persoalan ini menjadi semakin penting apabila universiti telah menyediakan struktur yang jelas melalui pelan strategik dan diperkukuh dengan pelaksanaan operasi semasa.

Masyarakat Majmuk Tanpa Sedar Diri

Malaysia sering diangkat sebagai model masyarakat majmuk yang berjaya mengurus kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Naratif ini berulang dalam wacana rasmi, buku teks dan ucapan kepemimpinan. Namun, realiti di lapangan semakin menunjukkan retakan yang tidak boleh dipandang ringan. Polemik berasaskan identiti semakin kerap muncul, sensitiviti semakin mudah tercetus dan ruang awam semakin tegang. Persoalan sebenar bukan lagi sama ada kita rakyat Malaysia berbeza, tetapi sama ada kita mempunyai disiplin sedar diri untuk mengurus perbezaan tersebut.

UMPSA Perkasa Bakat Pentadbiran Melalui Sangkutan di Aviation Australia, Brisbane, Australia

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mempergiat agenda pengantarabangsaan melalui pelaksanaan program mobiliti staf yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat dan peningkatan kompetensi. Inisiatif ini diterjemahkan menerusi Program Sangkutan Staf Pentadbiran yang melibatkan dua wakil dari Pusat Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar iaitu Pengarah Pusat Pembangunan Bakat, Juliana Mohd Ali dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Noranita Mohammad pada 20 hingga 24 April 2026 di People and Culture (P&C), Aviation Australia. 

Pentadbir Enjin Senyap Penggerak Institusi

Saat semua pihak berbicara tentang kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan, fokus selalunya hanya tertumpu kepada akademik, pensyarah dan pelajar. Jarang sekali kita mendengar orang bertanya, siapakan pihak yang bekerja di belakang tadbir bagi memastikan segala pengurusan program, aktiviti dan pelaporan berjalan lancar pada setiap hari?

12 Langkah Kuasai Bahasa Jerman Dari Pemula hingga B1

Bahasa Jerman membuka pintu kepada peluang akademik, mobiliti antarabangsa, dan kerjaya yang lebih luas terutamanya bagi pelajar yang menyertai program ijazah dual atau pertukaran ke institusi rakan kongsi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Eropah.

Panduan ini menawarkan 12 langkah sistematik dari titik sifar hingga tahap B1 mengikut Kerangka Rujukan Bahasa Eropah Sepunya (CEFR). Setiap langkah boleh diikuti secara kendiri. Yang diperlukan hanyalah tekad dan kesinambungan.

Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia: Memperkukuh Persekitaran Kerja Psikososial yang Sihat

World Day for Safety and Health at Work merupakan inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh International Labour Organization (ILO) pada setiap 28 April bagi meningkatkan kesedaran global terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global mengenai kepentingan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja. Ia juga menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui amalan keselamatan yang baik serta pengurusan risiko yang berkesan.

Subscribe to Experts