Skip to main content

UMPSA tawar program berteraskan keperluan industri dan teknologi semasa

Tahniah kepada semua adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah menerima tawaran kemasukan bagi lapan Program Diploma Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi Sesi Akademik 2026/2027. 

Namun demikian, isu yang sering dibangkitkan ialah terdapat sesetengah pelajar mendapat tawaran selain daripada pilihan pertama semasa permohonan.
 
Setiap tahun perkara berkaitan penawaran tempat ke universiti awam (UA) menjadi topik perbincangan para ibu bapa dan pelajar. 

Menjadi Guru

Aku ini bukan siapa-siapa,
Hanya seorang guru biasa,
Amanahku mengajar manusia,
Biar kekal menjadi berguna.

Pusat Sains Kemanusiaan Memacu Kerjasama Akademik Serantau di antara Malaysia dengan Brunei

Program sangkutan akademik merupakan salah satu medium strategik dalam memperkukuhkan hubungan institusi pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. Pelaksanaan kali ini direalisasikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Abdul Kamil Jamaludin yang berpeluang mengikuti program sangkutan bagi tujuan peningkatan kompetensi ke Sultan Omar ’Ali Saifuddien Centre for Islamic Studies bermula 26 April hingga 2 Mei 2026. 

UMPSA Perkukuh Jaringan Global Melalui Program Mobiliti Ke University Of  Edinburgh Dan Heriot-Watt University, Scotland

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuhkan agenda pengantarabangsaan dan pembangunan lestari melalui penyertaan staf akademik dalam program mobiliti ke University of Edinburgh (UOE) dan Heriot-Watt University, Scotland. Program yang berlangsung selama seminggu ini memberi peluang kepada Penolong Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr.

Daripada Ibnu Abbas ke NotebookLM: Mengapa rasa ingin tahu masih menjadi kunci kejayaan?

Lisānun sa'ūlun Digital dan Cabaran Pelajar UMPSA dalam Era Kecerdasan Buatan

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Peribahasa Melayu ini mengingatkan kita bahawa setiap kejayaan menuntut usaha. Ilmu tidak datang sendiri kepada manusia. Ia perlu dicari, diteroka dan difahami. Dalam sejarah Islam, antara tokoh yang ketara menggambarkan semangat ini ialah Abdullah bin Abbas RA.

Dari Flex ke Subtle: Bagaimana Generasi Z Mentafsir Semula Prestij?

Prestij Tidak Lagi Perlu Bising

Suatu ketika dahulu, prestij di Malaysia sangat mudah dibaca. Lagi besar logo pada baju, lagi tinggi status yang mahu ditunjukkan. Kereta diubah suai dengan rim besar, gambar makan di restoran mahal dimuat naik hampir setiap minggu dan media sosial dipenuhi kapsyen seperti ‘living my best life’. Budaya ini bukan sekadar gaya hidup. Ia cara masyarakat menunjukkan kejayaan.

Subscribe to Experts