Kita Memberi, Orang Merasa Kesukarelawanan dan Mahasiswa Pilihan Komuniti dalam Membina Identiti UMPSA30
Pembangunan mahasiswa hari ini tidak lagi terhad kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Universiti turut berperanan membentuk insan yang mampu memberi makna kepada masyarakat. Dalam konteks ini, konsep ‘KITA Memberi, Orang Merasa’ dilihat sebagai pendekatan pembangunan mahasiswa melalui kesukarelawanan yang berteraskan nilai, pengalaman komuniti dan kesedaran sosial.