Kesibukan Tanpa Arah: Cabaran Sebenar Universiti Hari Ini
Malaysia kini berada dalam fasa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menuntut lonjakan produktiviti, kecekapan tadbir urus dan daya saing global. Namun, di sebalik tuntutan ini, satu realiti yang jarang disebut semakin ketara adalah organisasi semakin sibuk, tetapi tidak semestinya semakin jelas arah tujuannya.