Skip to main content

TUAH tampil dalam gimik peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93

LUMUT, 19 September 2026 – Tactical Utility Autonomous Hybrid (TUAH), platform autonomi maju yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), edge intelligence dan sistem kawalan berpusat, tampil sebagai sebahagian daripada gimik peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, hari ini.

Botol terpakai bertukar bunga, semarakkan kelestarian EKSA UMPSA

PEKAN, 13 Ogos 2026 – Sejambak bunga yang kelihatan indah pada pandangan mata ternyata mempunyai cerita yang cukup istimewa apabila setiap kuntumnya dihasilkan daripada botol air mineral terpakai menerusi kreativiti warga Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Lebih menarik, sejambak bunga lestari tersebut menjadi pemberian istimewa buat Dekan PBM, Profesor Madya Dr. Zuraina Ali, yang menerimanya ketika majlis penutup  bersempena dengan Program SAFEKSA 2026 di PBM.

UMPSA terus cemerlang tersenarai Shanghai Ranking's Global Ranking of Academic Subjects 2026

PEKAN, 15 September 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam Shanghai Ranking’s Global Ranking of Academic Subjects (GRAS) 2026 bagi subjek Energy Science & Engineering yang diumum hari ini.

Dalam penarafan GRAS 2026 menyaksikan Subjek Energy Science & Engineering UMPSA berada pada kedudukan 301-400 terbaik dunia.

Program CSR UMPSA eratkan jalinan rentas generasi bersama PAWE Pekan

PEKAN, 8 September 2026 – Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan bersama komuniti menerusi Program Corporate Social Responsibility (CSR) Jalinan Mesra Komuniti bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pekan, Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pekan yang berlangsung di Tanjung Gosong, Pekan, Pahang. 

Subscribe to General