Di Sebalik Malaysia MADANI, Ada Kesejahteraan Yang Kita Nikmati
Setiap kali tanggal 31 Ogos tiba, kita mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu patriotik dan melaungkan kata keramat “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Suasana Malaysia berubah seketika. Jalur Gemilang mula menghiasi jalan, bangunan dan kenderaan. Lagu-lagu patriotik berkumandang di radio dan televisyen. Di media sosial pula, wajah-wajah rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang mula memenuhi ruang dengan ucapan dan harapan untuk tanah air tercinta.