Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Info Sekitar Kampus

Tengku Mahkota Pahang masyhur Masjid Al-Jazari dan Iftar Jama'ie bersama 2000 warga UMPSA

Tengku Mahkota Pahang masyhur Masjid Al-Jazari dan Iftar Jama'ie bersama 2000 warga UMPSA

PEKAN, 17 Mac 2025 - Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang juga Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkenan memasyhurkan masjid UMPSA di sini sebagai Masjid Al-Jazari sempena nama seorang ahli sains dan tokoh jurutera Muslim terkemuka pada abad ke-12.


Info Sekitar Kampus

UMPSA rai pengamal media dan rakan strategik dalam Majlis Iftar

UMPSA rai pengamal media dan rakan strategik dalam Majlis Iftar

KUANTAN, 19 Mac 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini mengadakan Program Kolaborasi dan Majlis Iftar bersama pengamal media dan rakan strategik di Hotel Mega View, Kuantan sebagai satu inisiatif memperkukuh hubungan baik serta apresiasi kepada peranan media dalam menyampaikan maklumat dan menyokong perkembangan universiti.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias.


Akademik dan Antarabangsa

Pelantikan kepimpinan baharu PGA UMPSA perkasakan mahasiswa pascasiswazah

Pelantikan kepimpinan baharu PGA UMPSA perkasakan mahasiswa pascasiswazah

KUANTAN, 24 Mac 2025 – Seramai 15 pelajar pascasiswazah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima amanah sebagai barisan kepimpinan baharu Persatuan Pascasiswazah UMPSA (PGA) bagi sesi 2025 dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PGA UMPSA baru-baru ini. 

Majlis yang berlangsung di Swiss-Belhotel, Kuantan itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. 


Info Sekitar Kampus


Info Sekitar Kampus

PETAKOM UMPSA serah sumbangan RM10,000 kepada 100 pelajar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2025

PETAKOM UMPSA serah sumbangan RM10,000 kepada 100 pelajar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2025

PEKAN, 19 Mac 2025 – Dalam semangat menyambut Syawal yang bakal tiba, Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM), Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Yayasan Taqwa, Yayasan Bushra dan Yayasan UMPSA telah mengadakan sesi serahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM10,000 kepada 100 orang pelajar UMPSA. 

Inisiatif ini khusus ditujukan kepada pelajar FK yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, serta mereka yang kurang berkemampuan.


Info Sekitar Kampus

PETAKOM UMPSA santuni pelajar wanita fokus kepentingan penjagaan kebersihan

PETAKOM UMPSA santuni pelajar wanita fokus kepentingan penjagaan kebersihan

PEKAN, 15 Mac 2025 – Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM), Fakulti Komputeran (FK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Yayasan UMPSA telah menyerahkan Sumbangan Tabung We Care PETAKOM: Women's Care berupa pek tuala wanita kepada 2,000 pelajar wanita. 

Inisiatif ini disalurkan kepada semua fakulti di UMPSA bagi memastikan semua penerima mendapat manfaat secara menyeluruh.


Rencana/Artikel Pilihan

Ramadan Bantu Rawat Minda Bertih

Ramadan Bantu Rawat Minda Bertih

Minda bertih atau popcorn brain,, merupakan satu konsep yang menggambarkan keupayaan otak yang terjejas untuk memberikan tumpuan, kelembapan dalam menyerlahkan emosi dan gangguan hubungan sosial di dunia nyata. Konsep ini mula dipopularkan oleh Dr. David Levy, profesor psikologi dari University of Washington. 


Rencana/Artikel Pilihan

Tanggungjawab Bapa dalam Islam: Perspektif Tradisional dan Moden

Tanggungjawab Bapa dalam Islam: Perspektif Tradisional dan Moden

Pendahuluan

Tanggungjawab seorang bapa dalam sesebuah keluarga Islam telah ditetapkan secara jelas melalui al-Quran dan Sunah. Namun, perubahan sosial dan tuntutan ekonomi telah merubah struktur keluarga Muslim masa kini, menyebabkan tanggungjawab bapa juga mengalami perubahan. Artikel ini membincangkan tanggungjawab tradisional dan moden seorang bapa dari perspektif Islām, menekankan evolusi tanggungjawab seorang bapa dengan mengekalkan nilai-nilai Islam. 


Rencana/Artikel Pilihan

‘Walaupun Setitik, Mesti Hargai’, Selamat Hari Air Sedunia 2025

‘Walaupun Setitik, Mesti Hargai’, Selamat Hari Air Sedunia 2025

Setiap tahun pada 22 Mac, dunia memperingati Hari Air Sedunia sebagai peringatan tentang betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian kita. Hari Air Sedunia menggesa kita untuk mengambil tindakan segera dalam memelihara dan mengurus sumber air dengan lebih berkesan dan mampan. Sempena Hari Air Sedunia 2025, marilah kita merenung sejenak tentang maksud ‘walaupun setitik, mesti dihargai’. 


Rencana/Artikel Pilihan

Semester baharu UMPSA kembali meriah di bulan Ramadan

Semester baharu UMPSA kembali meriah di bulan Ramadan

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah memulakan Semester 2 bagi sesi 2024/2025 pada 10 Mac 2025 di kedua-dua kampusnya, iaitu di Pekan dan Kampus Gambang. Kali ini, permulaan semester berbeza kerana semester bermula pada bulan Ramadan yang memberi kelainan kepada para pelajar, terutama bagi mereka yang beragama Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa. Suasana ini memberikan impak yang berbeza berbanding semester sebelumnya dan memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai pengalaman yang unik.


Rencana/Artikel Pilihan

Staf UMPSA Wira SPIROS: Terima kasih

Staf UMPSA Wira SPIROS: Terima kasih

Kejayaan penganjuran program-program di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merupakan hasil kerjasama satu pasukan yang tidak mengenal penat lelah melainkan bermatlamatkan kelancaran dan kejayaan program yang dirancang.  Pasukan ini lazimnya terdiri daripada gabungan staf UMPSA yang dilantik menjadi petugas mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.  


Rencana/Artikel Pilihan

Apabila isteri bertanya, "Saya cantik tak?" Awas, itu perangkap!

Apabila isteri bertanya, "Saya cantik tak?" Awas, itu perangkap!

Memikul tanggungjawab sebagai suami ataupun ketua keluarga bukanlah satu tugas yang mudah lebih-lebih lagi apabila suri dalam rumah sering menduga akal dan tentu saja menguji sabar. Berbicara bahasa sama tetapi berbeza sekali pengertiannya. Paradoksikal? Ya, tentu sekali. Nonsensical? Jangan katakan itu, kerana kamu bakal mengundang petaka. Mengambil contoh satu pertanyaan mudah, ‘How was your day?’, jika ditanyakan pada suami pasti berikut adalah salah satu jawapan – “Okey je, bolehlah atau, not badlah.


Karya Kreatif

FOOTER CREATE PROF YATIMAH
Newsletter Image
ss