Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Aktiviti Pelajar


Info Sekitar Kampus

UMPSA sertai perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 di Kuantan dan Pekan

UMPSA sertai perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 di Kuantan dan Pekan

KUANTAN, 31 Ogos 20204 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menghantar dua kontinjen perbarisan sambutan di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang di Kuantan dan Pekan. 

Kontinjen ini disertai seramai 60 orang staf yang diketuai oleh Hairulazam Haron di Kuantan dan Ts. Haji Azahar Mohd Yasin di Pekan. 


Info Sekitar Kampus

Lebih 1,500 hadir Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Malam Ambang Merdeka UMPSA

Lebih 1,500 hadir Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Malam Ambang Merdeka UMPSA

GAMBANG, 31 Ogos 2024 - Lebih 1,500 hadir Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Malam Ambang Merdeka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini di Stadium Mini UMPSA, Kampus Gambang.  

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah dan disaksikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.


Jalinan Kerjasama

 UMPSA jalin kerjasama bersama institusi pendidikan tinggi wilayah Heilongjiang dan lancar Bengkel Kaiwu

UMPSA jalin kerjasama bersama institusi pendidikan tinggi wilayah Heilongjiang dan lancar Bengkel Kaiwu

PEKAN, 21 Ogos 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdillah (UMPSA) terus mengukuhkan jaringan antarabangsanya dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) terkemuka di Wilayah Heilongjiang, China.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha UMPSA untuk memperluas rangkaian akademik dan mempertingkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi. 


SDG/ESG

UMPSA anjur ICCEIB fokus pendekatan kolaboratif SDG terhadap Keselamatan Makanan, Tenaga dan Air

UMPSA anjur ICCEIB fokus pendekatan kolaboratif SDG terhadap Keselamatan Makanan, Tenaga dan Air

PUTRAJAYA, 28 Ogos 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan International Conference on Chemical Engineering & Industrial Biotechnology (ICCEIB) 2024 Kali Ke-7 yang berlangsung mulai 27 hingga 29 Ogos 2024 di Putrajaya, baru-baru ini. 

ICCEIB 2024 yang bertemakan ‘Pendekatan Kolaboratif untuk SDG: Memangkin Kemampanan dalam Keselamatan Makanan, Tenaga dan Air” itu juga julung kali diadakan secara hibrid bagi meluaskan capaian dan penglibatan para peserta daripada serata dunia.


Jalinan Kerjasama

UMPSA jalin kerjasama dengan Alps Electric (M) Sdn. Bhd.

UMPSA jalin kerjasama dengan Alps Electric (M) Sdn. Bhd.

PEKAN, 23 Ogos 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan rakan industri menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara UMPSA bersama Alps Electric (M) Sdn. Bhd.

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Urusan, Alps Electric Sdn. Bhd., Wataru Tezuka menandatangani MoU dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan baru-baru ini. 


Penyelidikan dan Inovasi

UMPSA dan Futurise lancar Dronecubator Zon Timur

UMPSA dan Futurise lancar Dronecubator Zon Timur

PEKAN, 27 Ogos 2024 – Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Futurise telah melancarkan Dronecubator Zon Timur yang berlangsung di Padang Blok 1, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini. 

Dronecubator adalah sebuah program inkubator olahraga dron yang bertujuan untuk mengembangkan bakat baharu dalam kalangan belia di Malaysia. 


Jalinan Kerjasama

UMPSA jalin kerjasama erat dengan PTPTN

UMPSA jalin kerjasama erat dengan PTPTN

PEKAN, 27 Ogos 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan termeterainya memorandum perserfahaman (MoU) hari ini.  

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Ketua Eksekutif  PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid menandatangani MoU yang berlangsung di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan. 


Sukan dan Rekeasi

UMPSA sasar 3 pingat emas di SUKIPT 2024

UMPSA sasar 3 pingat emas di SUKIPT 2024

GAMBANG, 30 Ogos 2024 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ts. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin baru-baru ini menyerahkan bendera UMPSA kepada wakil kontinjen, Ahmad Azad Rifqi Redzuan yang bakal mewakili universiti ke Sukan Institusi Pendidikan Tinggi 2024 (SUKIPT) di Sintok, Kedah. 

Kontinjen UMPSA akan dipimpin oleh Ketua Kontinjennya, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Timbalan Ketua Kontingen, Mohd Aznorizam Haji Ismail.


Info Sekitar Kampus

UMPSA lancar Faculty@School Fasa 1 Fakulti Komputeran

UMPSA lancar Faculty@School Fasa 1 Fakulti Komputeran

PEKAN, 21 Ogos 2024 – Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini melancarkan Program Faculty@School Fasa 1 dengan fokus utama memberi kesedaran tentang keperluan kemahiran inovasi dalam kalangan pelajar dan mengambil peluang menceburi bidang Teknologi Digital terutamanya teknologi kecerdasan buatan (AI). 


Akademik dan Antarabangsa

Pelajar lepasan program BVI dan BVE UMPSA jadi buruan industri Automasi dan Elektrik

Pelajar lepasan program BVI dan BVE UMPSA jadi buruan industri Automasi dan Elektrik

PUTRAJAYA, 25 Ogos 2024 – Pelajar lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri (BVI) dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (BVE) yang mengikuti pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjadi buruan pihak industri Automasi dan Elektrik.
Pelajar lepasan program ini berjaya mendapat tempat di dalam industri dan telah mula bekerja sejurus tamat program pengajian di UMPSA.


Info Sekitar Kampus

UMPSA dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tanam 67 pokok simbolik sempena kemerdekaan Malaysia yang Ke-67

UMPSA dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tanam 67 pokok simbolik sempena kemerdekaan Malaysia yang Ke-67

GAMBANG, 30 Ogos 20204 – Seramai 100 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama petugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan staf UMPSA Holdings Sdn. Bhd. meneruskan misi penanaman sebanyak 67 batang pokok sempena Program Jelajah Aspirasi Malaysia RTM dan Sambutan Ambang Kemerdekaan UMPSA 2024 di UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini. 

Bilangan 67 batang pokok itu merupakan simbolik dengan usia kemerdekaan yang ke-67 tahun. 


SDG/ESG

100 sukarelawan UMPSA, TMB, SWCorp dan Alam Flora bersihkan  Pantai Cherok Paloh sambil plogging

100 sukarelawan UMPSA, TMB, SWCorp dan Alam Flora bersihkan Pantai Cherok Paloh sambil plogging

KUANTAN, 23 Ogos 2024 - Seramai 100 orang peserta merangkumi staf dan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Tanah Makmur Berhad (TMB), SWCorp Cawangan Pahang dan Alam Flora menyertai Program Plogging UMPSA x TMB yang telah diadakan di Pantai Cherok Paloh, Kuantan baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian UMPSA, Dr. Suhaidah Hussain, kebersihan pantai merupakan tanggungjawab kita bersama. 


Info Sekitar Kampus

SMK Mersing lawat UMPSA untuk beri pendedahan awal laluan kerjaya

SMK Mersing lawat UMPSA untuk beri pendedahan awal laluan kerjaya

PEKAN, 29 Ogos 2024 - Seramai 40 pelajar tingkatan 2 hingga 4 dan empat orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan.

Para pelajar yang terdiri daripada pelbagai aliran itu telah diberikan taklimat akademik oleh Ketua Program Diploma FTKEE, Dr. Mohd Helmi Suid dan Ketua Program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr. Nur Aqilah Othman.


Info Sekitar Kampus

‘Motor Merdeka Atuk’ pupuk nilai patriotik dan kasih sayang

‘Motor Merdeka Atuk’ pupuk nilai patriotik dan kasih sayang

PEKAN, 30 Ogos 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) membawakan drama pendek bertajuk ‘Motor Merdeka Atuk’ sempena Hari Kemerdekaan Ke-67 yang akan diraikan pada 31 Ogos nanti. 

Drama pendek ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga UMPSA dan rakyat Malaysia. 

‘Motor Merdeka Atuk’ merupakan hasil karya Muhammad Aiman Nasriq Mohd Roslan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE). 


Rencana/Artikel Pilihan

Perkahwinan Diraja Pahang sarat adab sopan budaya Melayu

Perkahwinan Diraja Pahang sarat adab sopan budaya Melayu

Adab, adat istiadat, adat resam, mengamalkan budaya dan bahasa Melayu, pengamalan agama Islam dan tidak lupa pemerintahan beraja adalah antara elemen peradaban Melayu sejak zaman berzaman. Ia kekal relevan dan tetap diamalkan sehingga ke hari ini walaupun dunia berada dalam era globalisasi. Adat istiadat perkahwinan diraja juga merupakan warisan yang masih diamalkan dan dipelihara dan turut mencipta sejarah tersendiri.


Rencana/Artikel Pilihan

Bicara Merdeka Tanah Melayu: Dijajah atau Dinaungi?

Bicara Merdeka Tanah Melayu: Dijajah atau Dinaungi?

Persoalan sama ada Malaysia atau dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu telah dijajah atau dinaungi perlu dilihat daripada sejarah yang panjang iaitu awal sehingga akhir. Kita tidak boleh sewenang-wenang memberikan kenyataan Tanah Melayu tidak dijajah atau cuma dinaungi hanya berdasarkan satu perjanjian sahaja atau satu peristiwa sahaja. Tafsiran perlu dilihat bermula daripada campur tangan British di negara ini iaitu sejak Perjanjian Pangkor 1874 sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Rencana/Artikel Pilihan

Keadaan masyarakat Tanah Melayu semasa penjajahan British

Keadaan masyarakat Tanah Melayu semasa penjajahan British

Mengambil tahu tentang keadaan Tanah Melayu semasa penjajahan British adalah sangat penting bagi generasi baharu pada hari ini memahami sejarah kemerdekaan negara. Diharap maklumat ini akan mendidik generasi muda agar menghargai kemerdekaan dan mengetahui sejarah asal usul diri serta masyarakat. Jadikan peristiwa lampau sebagai pengajaran dan sempadan agar kemerdekaan yang dikecapi kini terus kekal sehingga ke anak cucu.


Rencana/Artikel Pilihan

Keselamatan Makmal: Penilaian dan Kawalan Risiko Penggunaan Mesin Gerudi Konvensional di Makmal Pengajaran dan Pembelajaran

Keselamatan Makmal: Penilaian dan Kawalan Risiko Penggunaan Mesin Gerudi Konvensional di Makmal Pengajaran dan Pembelajaran

Secara umumnya, bengkel atau biasa juga diistilahkan sebagai makmal pemesinan yang terdapat di institusi pengajian tinggi sering menjadi tumpuan para pelajar bagi menjalankan latihan amali dan menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan yang melibatkan kerja-kerja pembangunan produk. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlangsung di makmal pemesinan ini tidak hanya bagi sesuatu kursus tertentu sahaja tetapi meliputi pelbagai kursus daripada pelbagai program.


Karya Kreatif


Karya Kreatif


Karya Kreatif


Karya Kreatif


Karya Kreatif


Karya Kreatif

FOOTER CREATE 15 Mac 2024