Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Info Sekitar Kampus

PM lancar 𝐑𝐏𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”-πŸπŸŽπŸ‘πŸ“ bakal lonjak kualiti pendidikan negara

PM lancar 𝐑𝐏𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”-πŸπŸŽπŸ‘πŸ“ bakal lonjak kualiti pendidikan negara

PUTRAJAYA, 20 Januari 2026 - Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 (RPN) bertemakan β€˜Memacu Lonjakan Pendidikan Negara’ yang merangkumi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.Β 

Rancangan ini menandakan langkah penting dalam usaha membina negara berpaksikan kemanusiaan dan dipacu matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.


Info Sekitar Kampus


Penyelidikan dan Inovasi

UMPSA jalin kerjasama strategik dengan 23 industri pacu pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi

UMPSA jalin kerjasama strategik dengan 23 industri pacu pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan industri apabila memeterai sebanyak 23 memorandum persefahaman (MoU), memorandum perjanjian (MoA) dan Letter of Intent (LoI) bersama rakan industri tempatan dan antarabangsa dalam Majlis Pertukaran MoU dan MoA UMPSA–Industri Siri 1 yang berlangsung di Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.Β 


Jalinan Kerjasama

UMPSA memperkukuh kerjasama erat dengan Iwate University

UMPSA memperkukuh kerjasama erat dengan Iwate University

PEKAN, 26 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan kerjasama erat dalam bidang akademik, penyelidikan dan mobiliti antarabangsa dengan Iwate University.Β 

Baru-baru ini, Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias menerima kunjungan delegasi daripada Iwate University yang diketuai oleh Presiden Iwate University, Profesor Dr. Satoshi Ogawa bersama Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa), Profesor Dr. Yoko Matsuoka, serta pegawai Pejabat Antarabangsa universiti tersebut.


Info Sekitar Kampus


Akademik dan Antarabangsa


Pengurusan Ilmu

UMPSA raikan 25 Penyelidik Top 2% Dunia melalui inisiatif Wall of Fame

UMPSA raikan 25 Penyelidik Top 2% Dunia melalui inisiatif Wall of Fame

PEKAN, 22 Januari 2026 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus melangkah ke hadapan dalam usaha meraikan kecemerlangan penyelidikan universiti dengan mewujudkan ruang penghargaan khas yang dikenali sebagai β€˜Wall of Fame: UMPSA Top 2% Scientists by Stanford and Elsevier’


Info Sekitar Kampus


Akademik dan Antarabangsa

Program SULAM Smart Logistics FPI UMPSA perkukuh kolaborasi kampus, komuniti dan industri

Program SULAM Smart Logistics FPI UMPSA perkukuh kolaborasi kampus, komuniti dan industri

Gambang, 23 Januari 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Fakulti Pengurusan Industri (FPI) dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri terus memperkukuh peranan sebagai universiti berteraskan komuniti menerusi pelaksanaan Program Service-Learning Malaysia – University for Society (SULAM) bagi kursus Supply Chain and Logistics Management (BPQ2223) melalui projek Smart Logistics: Connecting Campus, Community and Industry.


SDG/ESG


Akademik dan Antarabangsa

Bukan sekadar ijazah, graduan FIM UMPSA kini dilengkapi Pensijilan Profesional Lean Six Sigma

Bukan sekadar ijazah, graduan FPI UMPSA kini dilengkapi Pensijilan Profesional Lean Six Sigma

Gambang, 23 Januari 2026 β€” Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus komited melahirkan graduan yang holistik, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri apabila Fakulti Pengurusan Industri (FPI) berjaya menganjurkan Program Pensijilan Kompetensi: Lean Six Sigma@Yellow Belt melibatkan pelajar prasiswazah fakulti tersebut pada 17 hingga 19 Januari 2026.Β 


Info Sekitar Kampus

UMPSA anjur Bengkel Pengenalan dan Pembangunan KIK 2026

UMPSA anjur Bengkel Pengenalan dan Pembangunan KIK 2026

PEKAN, 27 Januari 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga kerjanya menerusi penganjuran Bengkel Pengenalan dan Pembangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UMPSA 2026 baru-baru ini.

Bengkel anjuran Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti (PPSK) itu telah diadakan di Dewan Bankuet, UMPSA Pekan dan disertai oleh wakil pelbagai pusat tanggungjawab (PTj) universiti.


Tanggungjawab Sosial Korporat

MATAHARI UMPSA ceriakan 20 pelajar menerusi Program β€˜Back to School’ 2026

MATAHARI UMPSA ceriakan 20 pelajar menerusi Program β€˜Back to School’ 2026

Kuantan, 19 Januari 2026 – Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MATAHARI) terus komited dalam menyantuni golongan yang memerlukan menerusi penganjuran Program Bantuan Persekolahan atau Back to School (BTS) bagi sesi persekolahan tahun 2026.

Program tahunan persatuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak, khususnya bagi keluarga asnaf, fakir miskin, dan ibu tunggal.


Rencana/Artikel Pilihan

Tingkatan 6 dan Matrikulasi di bawah KPT

Tingkatan 6 dan Matrikulasi di bawah KPT: Peranan Strategik UMPSA Memperkukuh Ekosistem Pendidikan Tinggi

Keputusan Kerajaan meletakkan program Tingkatan 6 dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula tahun hadapan, disokong dengan peruntukan RM100 juta bagi naik taraf fasiliti, merupakan satu langkah reformasi penting dalam landskap pendidikan negara. Langkah ini bukan sekadar penstrukturan semula pentadbiran, tetapi mencerminkan hasrat kerajaan untuk membina laluan pendidikan yang lebih tersusun, bersepadu dan berkualiti daripada peringkat prauniversiti ke pendidikan tinggi.


Rencana/Artikel Pilihan

TVET Diperhebat

TVET Diperhebat

Pendigitalan TVET

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing ekonomi negara, terutamanya dalam menghadapi cabaran Era Revolusi Industri 4.0 dan keperluan pascapandemik. Malaysian Technical University Network (MTUN), melalui Pelan Hala Tuju TVET Termaju 2030, menetapkan enam teras utama untuk mencapai matlamat ini, termasuk Kecemerlangan Akademik dan Pengantarabangsaan, Kelestarian Teknologi dan Jaringan Industri, dan Keunggulan Bakat.Β 


Rencana/Artikel Pilihan

AUKU 1971 dan Mahasiswa antara Persepsi Lama dan Realiti Baharu

AUKU 1971 dan Mahasiswa antara Persepsi Lama dan Realiti Baharu

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) sering muncul dalam wacana mahasiswa sebagai simbol kekangan dan pembatasan kebebasan. Dalam banyak perbincangan, AUKU dilihat sebagai undang-undang warisan lama yang tidak lagi selari dengan aspirasi mahasiswa masa kini yang lebih kritikal, berani bersuara dan celik hak. Namun, persoalan yang jarang dibincangkan secara mendalam ialah sama ada AUKU itu sendiri bersifat statik, atau persepsi terhadapnya yang gagal berkembang seiring perubahan kandungan dan pelaksanaannya.


Rencana/Artikel Pilihan

Bahaya Senyap di Sebalik Konkrit Bertetulang: Ancaman Kakisan dan Keperluan Pemeriksaan Struktur Secara Berkala

Bahaya Senyap di Sebalik Konkrit Bertetulang: Ancaman Kakisan dan Keperluan Pemeriksaan Struktur Secara Berkala

Bangunan tinggi menjulang, jambatan megah yang merentasi sungai dan lautan, dan lebuh raya bertingkat yang sibuk dan itulah wajah Malaysia yang mempunyai infrastruktur moden dan progresif. Konkrit dan besi tetulang adalah bahan utama dalam pembinaan infrastruktur ini yang sering kita anggap sebagai lambang kekukuhan dan kekuatan. Namun, di sebalik fasad yang kukuh ini, mungkin tersembunyi satu proses kemerosotan konkrit yang beransur-ansur dan senyap iaitu kakisan besi tetulang di dalam konkrit.


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Mengapa β€˜Adalah Dimaklumkan Bahawa’ Perlu Ditinggalkan?

Mengapa β€˜Adalah Dimaklumkan Bahawa’ Perlu Ditinggalkan?

Keformalan yang Mengelirukan

Frasa β€˜adalah dimaklumkan bahawa’ telah sekian lama dianggap lambang keformalan dalam penulisan rasmi bahasa Melayu. Hampir setiap penjawat awam, guru, pelajar dan penulis pernah menggunakannya dalam surat, laporan atau pengumuman. Ayat seperti β€˜Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat ditangguhkan’ kelihatan kemas, rasmi dan berwibawa. Namun dari sudut tatabahasa standard, frasa inilah antara contoh klasik penggunaan kata pemeri yang tidak perlu dan tidak tepat.


Rencana/Artikel Pilihan

Transliterasi Bahasa Arab

Transliterasi Bahasa Arab: Mengapa Masih Banyak Salah?

Dalam dunia akademik, media, dan komunikasi digital hari ini, kesilapan dalam menulis transliterasi bahasa Arab semakin menjadi lumrah. Jika artikel sebelum ini, β€˜Jawi dan Transliterasi Bahasa Arab: Masih Relevankah dalam Era Digital?’ membincangkan kepentingan transliterasi dalam konteks moden, artikel ini menyelami mengapa kesilapan tersebut masih berleluasa dan bagaimana kita boleh memperbaikinya.


Rencana/Artikel Pilihan

Integrasi Sunah Minum Duduk dalam Kerangka Fisiologi Moden

Integrasi Sunah Minum Duduk dalam Kerangka Fisiologi Moden

Penyelidikan mengenai tataadab hidrasi yang diwariskan melalui tradisi kenabian sering kali dilihat sekadar sebagai amalan ritualistik tanpa menyedari bahawa setiap pergerakan manusia menyimpan rahsia fisiologi yang amat mendalam. Hakikat keberadaan jasad manusia sebagai sebuah sistem biomesin yang kompleks menuntut keselarasan antara tindakan fizikal dengan mekanisme dalaman agar setiap titisan air yang mengalir membawa rahmat serta kesihatan yang hakiki.Β 


Rencana/Artikel Pilihan

Krisis Psikologi Halus dalam Budaya Sibuk

Krisis Psikologi Halus dalam Budaya Sibuk

Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kesibukan sering dianggap lambang kejayaan. Jadual yang padat, mesej yang tidak putus-putus, mesyuarat bertindih, dan tuntutan kerja tanpa henti menjadi rutin harian kebanyakan individu. Namun, di sebalik kesibukan yang dipuja ini, semakin ramai sebenarnya sedang kehilangan sesuatu yang jauh lebih berharga iaitu ketenangan jiwa.


Rencana/Artikel Pilihan

Perkahwinan Merentasi 2 Benua

Perkahwinan Merentasi 2 Benua

Perkahwinan yang indah sepanjang hayat adalah sesuatu yang sering diimpikan oleh setiap insan. Suatu episod kehidupan yang disulami dengan pelbagai kisah suka dan duka dengan ditemani insan tersayang yang sedia berkongsi segalanya. Sering kali, pasangan suami isteri diingatkan untuk sentiasa bersabar dan bertolak ansur. Ini kerana, setiap suami dan isteri memiliki pandangan dan pemikiran yang berbeza kerana latar belakang yang unik.


Rencana/Artikel Pilihan

RPTM 2026-2035:

RPTM 2026-2035: Dekad Penentuan Universiti di Malaysia

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 bukan sekadar sebuah dokumen dasar atau pelan pentadbiran jangka panjang. Ia merupakan satu pernyataan strategik negara yang memaksa universiti di Malaysia berdepan persoalan paling sukar: adakah institusi ini benar-benar bersedia berubah, atau sekadar mengekalkan kesinambungan lama atas nama kestabilan?


Rencana/Artikel Pilihan

Pendekatan 3F

Pendekatan 3F (Fitrah-Fokus-Fleksibel) untuk Peperiksaan Akhir Bukan Sekadar Mengulang Kaji

Strategi persediaan peperiksaan dalam kalangan pelajar sering kali terperangkap dalam kepompong mekanistik yang hanya mementingkan pengumpulan data tanpa meraikan hakikat kemanusiaan yang bersifat holistik. Kupasan mengenai pendekatan Fitrah, Fokus, serta Fleksibel ini menuntut sebuah anjakan paradigma yang lebih mendalam, memandangkan proses menuntut ilmu dalam tradisi Islam merupakan satu bentuk ibadah yang perlu dilaksanakan dengan penuh adab dan keteraturan sistemik.


Rencana/Artikel Pilihan

Pendidikan Percuma: Dari Kampus ke Komuniti, Bersama Membina Ekosistem Inklusif Negara

Pendidikan Percuma: Dari Kampus ke Komuniti, Bersama Membina Ekosistem Inklusif Negara

Pengumuman Dasar Pendidikan Percuma bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar daripada keluarga miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 merupakan satu langkah berani dan berprinsip. Ia bukan sekadar inisiatif kewangan, tetapi satu manifestasi nilai keadilan sosial dan pendidikan untuk semua, dengan aspirasi besar: keciciran sifar dan tiada sesiapa yang tercicir daripada pendidikan tinggi.


Rencana/Artikel Pilihan

RPTM 2026–2035 dan Cabaran Platform Digital Global

RPTM 2026–2035 dan Cabaran Platform Digital Global

Platform digital global merupakan antara cabaran paling serius terhadap sistem pendidikan tinggi konvensional. Platform ini merujuk kepada ekosistem digital berskala antarabangsa yang menawarkan pembelajaran, pensijilan, penilaian kemahiran dan peluang pekerjaan tanpa bergantung kepada universiti. Contoh yang jelas termasuk Coursera dan edX dalam pembelajaran, Google Career Certificates dan AWS Training dalam pensijilan industri, serta LinkedIn dan Upwork dalam penilaian kemahiran dan pasaran kerja global.


Rencana/Artikel Pilihan

Melangkah ke Tahun 2026: Tulis Cerita Baharu, Jadi Versi Terbaik Diri

Melangkah ke Tahun 2026: Tulis Cerita Baharu, Jadi Versi Terbaik Diri

Setiap tahun baharu hadir bukan sekadar dengan angka yang bertukar, tetapi dengan satu peluang besar peluang untuk menilai semula perjalanan hidup dan menulis cerita yang lebih baik daripada sebelumnya. Peluang yang memberi kita pilihan dalam melangkah ke tahun baharu bukan tentang memadam masa lalu, tetapi tentang menutup buku lama dengan baik, mengambil hikmah daripadanya, dan mengangkat pena baharu untuk menulis kisah yang lebih bermakna.


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Penerbitan Ilmiah sebagai Teras Pembinaan Identiti dan Legasi Seorang Sarjana

Penerbitan Ilmiah sebagai Teras Pembinaan Identiti dan Legasi Seorang Sarjana

Dalam ekosistem pendidikan tinggi, penerbitan ilmiah merupakan elemen teras yang membentuk identiti, kredibiliti dan legasi seorang sarjana. Penerbitan bukan sekadar medium penyebaran dapatan penyelidikan, malah menjadi asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan, penilaian kecemerlangan akademik, serta pengiktirafan kepakaran seseorang dalam bidang tertentu. Justeru, penerbitan harus difahami sebagai suatu proses ilmiah yang berterusan dan strategik, bukannya sekadar hasil sampingan aktiviti penyelidikan.


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Profesionalisme Pensyarah: Persiapan Intelektual dan Etika dalam Pendidikan Tinggi

Profesionalisme Pensyarah: Persiapan Intelektual dan Etika dalam Pendidikan Tinggi

Profesion pensyarah merupakan antara kerjaya akademik yang paling signifikan dalam ekosistem pendidikan tinggi. Peranan seorang pensyarah tidak terbatas kepada penyampaian ilmu semata-mata, sebaliknya merangkumi tanggungjawab membentuk pemikiran kritis, nilai profesional dan jati diri pelajar sebagai bakal graduan yang berdaya saing. Oleh itu, persiapan untuk menjadi pensyarah perlu difahami sebagai satu proses menyeluruh yang melibatkan pembangunan ilmu, kemahiran pedagogi, integriti akademik serta kesediaan menghadapi cabaran pendidikan tinggi masa kini.


Rencana/Artikel Pilihan


Karya Kreatif

FOOTER CREATE 2026
Newsletter Image
Bil. 275 Jan. 2026: PM lancar 𝐑𝐏𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”-πŸπŸŽπŸ‘πŸ“ bakal lonjak kualiti pendidikan negara