Skip to main content
HEADER CREATE 2026

Info Sekitar Kampus

UMPSA santuni media dan rakan kolaborasi dalam Majlis Iftar ‘Indahnya Ramadan’

UMPSA santuni media dan rakan kolaborasi dalam Majlis Iftar ‘Indahnya Ramadan’

KUANTAN, 5 Mac 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pengamal media dan rakan kolaborasi menerusi penganjuran Majlis Iftar UMPSA Bersama Media dan Rakan Kolaborasi bertemakan ‘Indahnya Ramadan’ yang berlangsung di Swiss-Bel Hotel, Kuantan.

Majlis dengan semangat Ramadan al-Mubarak itu berjaya menghimpunkan lebih 60 pengamal media daripada agensi media cetak, televisyen, radio, portal berita dalam talian dan agensi kreatif serta digital di negeri ini. 


Info Sekitar Kampus


MyGift

UMPSA santuni 59 orang anak yatim dan miskin Nur Iman berbuka puasa

UMPSA santuni 59 orang anak yatim dan miskin Nur Iman berbuka puasa

KUANTAN, 7 Mac 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh nilai kebersamaan dan keprihatinan sosial menerusi penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Majlis Ramah Mesra Bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Kampung Kempadang, di sini hari ini.


Info Sekitar Kampus

190 Warga UMPSA sertai Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour

190 Warga UMPSA sertai Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour

PEKAN, 13 Mac 2026 – Seramai 190 warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berhimpun di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan bagi menjayakan Majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour yang berlangsung pada 10 Ramadan terakhir di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan. 

Program anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMPSA itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan warga kampus untuk lebih mendekati dan mentadabbur al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


MyGift

UMPSA santuni komuniti edar bubur lambuk bersempena dengan Program Indahnya Ramadan

UMPSA santuni komuniti edar bubur lambuk bersempena dengan Program Indahnya Ramadan

KUANTAN, 9 Mac 2026 - Dalam menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meneruskan tradisi berkongsi rezeki dengan menganjurkan Program Bubur Lambuk di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Program yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Indahnya Ramadan’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) itu menyaksikan penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada komuniti setempat serta pengunjung masjid.


Info Sekitar Kampus

UMPSA anjur Konvensyen Perkongsian Amalan Terbaik Pasca Mobiliti Staf 2025


Info Sekitar Kampus

UMPSA sambut pelajar baharu menerusi Hari Suai Kenal secara dalam talian

UMPSA sambut pelajar baharu menerusi Hari Suai Kenal secara dalam talian

PEKAN, 7 Mac 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyambut kehadiran pelajar baharu ambilan Mac 2025/2026 menerusi penganjuran Hari Suai Kenal (HSK) yang dilaksanakan secara dalam talian.

Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar baharu kepada ekosistem universiti, sistem pembelajaran serta kehidupan kampus sebelum memulakan pengajian secara rasmi.


Info Sekitar Kampus

UMPSA Santuni Warga Kampus dalam Majlis Berbuka Puasa

UMPSA Santuni Warga Kampus dalam Majlis Berbuka Puasa

PEKAN, 11 Mac 2026 - Kehangatan Ramadan terus dirasai dalam kalangan warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) apabila universiti hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang menghimpunkan barisan pengurusan universiti, staf dan pelajar di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan.

Majlis ini menjadi platform yang menyatukan warga universiti dalam suasana penuh keberkatan di samping mengukuhkan hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi universiti dengan komuniti kampus.


Penyelidikan dan Inovasi


Rencana/Artikel Pilihan

Tipografi sebagai Cerminan Ketelitian Intelektual

Tipografi sebagai Cerminan Ketelitian Intelektual

Lima Minit Pertama yang Menghancurkan

Bayangkan seorang profesor memasuki dewan kuliah. Tajuk besar muncul di skrin. Namun, dalam lima minit pertama, pelajar sudah letih. Bukan kerana teorinya terlalu sukar atau topiknya membosankan. Mereka tewas kerana slaid yang sesak, huruf yang kecil, jarak baris yang rapat dan setiap ayat kelihatan sama penting.


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Lagu Raya Hari Ini: Ke Mana Hilangnya Nilai Estetika?

Lagu Raya Hari Ini: Ke Mana Hilangnya Nilai Estetika?

Lagu Hari Raya merupakan sebahagian daripada khazanah budaya masyarakat Melayu. Setiap kali menjelang Aidilfitri, lagu-lagu ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi medium yang membangkitkan nostalgia, emosi kekeluargaan dan memori kolektif masyarakat. Namun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, karya-karya hari raya generasi baharu dilihat semakin kehilangan nilai estetika dan arah dalam penghasilan karya.

Rentak Muzik yang Tidak Menarik


Rencana/Artikel Pilihan

Hikmah Puasa 30 Hari

Hikmah Puasa 30 Hari

Kehidupan manusia moden sering kali terperangkap dalam pusaran rutin yang menyesakkan sehingga kita terlupa untuk menekan butang jeda bagi merawat jasmani dan rohani yang kian lesu. Ramadan hadir sebagai sebuah naskhah agung yang bukan sekadar ritual menahan lapar dan dahaga, malah ia merupakan sebuah makmal biokimia dan psikologi yang beroperasi selama 30 hari untuk menstruktur semula setiap inci kewujudan kita.


Rencana/Artikel Pilihan

Apa yang Hilang Apabila Seorang Ulama Intelektual Pergi

Apa yang Hilang Apabila Seorang Ulama Intelektual Pergi

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah SWT tidak mencabut ilmu daripada manusia dengan menariknya secara tiba-tiba daripada dada mereka. Sebaliknya, ilmu diangkat dengan pemergian para ulama sehingga apabila tiada lagi orang berilmu, manusia akan mengambil pemimpin yang jahil lalu mereka memberi fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain (al-Bukhari, 2002; Muslim, 2006).


Rencana/Artikel Pilihan

Mengapa Perenggan Penting dalam Penulisan?

Mengapa Perenggan Penting dalam Penulisan?

Banyak penulisan sebenarnya gagal bukan kerana kekurangan idea tetapi kerana idea tersebut tidak disusun dengan baik. Teks yang dipenuhi ayat panjang tanpa pemisahan yang jelas sering menyebabkan pembaca hilang arah sebelum memahami maksud sebenar penulis. Dalam keadaan ini, perenggan memainkan peranan penting sebagai unit asas yang mengatur aliran pemikiran dalam sesuatu penulisan. Tanpa pemerengganan yang teratur, penulisan mudah menjadi kabur, berulang dan sukar diikuti.


Rencana/Artikel Pilihan

Al-Quran Pandu Digital Perangi Hoax

Al-Quran Pandu Digital Perangi Hoax

Gelombang maklumat hari ini bergerak sepantas sentuhan jari. Setiap detik ribuan pesanan, gambar dan video melintasi skrin telefon pintar rakyat Malaysia tanpa sempadan ruang dan masa. Realiti ini menjadikan media sosial bukan sekadar alat komunikasi, bahkan medan pembentukan persepsi dan emosi kolektif. Namun kepesatan ini juga melahirkan sisi gelap berupa hoax dan fitnah digital yang merobek kepercayaan sosial.


Rencana/Artikel Pilihan

Ketenangan Syifa Al-Quran Di Bulan Puasa

Ketenangan Syifa Al-Quran Di Bulan Puasa

Gema azan Maghrib yang membelah keheningan senja sering kali dianggap sebagai garis penamat kepada sebuah keletihan fizikal. Namun, bagi jiwa yang benar-benar mencari, Ramadan sebenarnya merupakan makmal kimia spiritual yang paling agung. Kita sering membicarakan kesihatan mental melalui lensa klinikal yang kaku, sedangkan di hadapan kita terbentang naskhah al-Quran yang menawarkan formula penyembuhan syifa secara menyeluruh.


Rencana/Artikel Pilihan

adab membina

Adab Membina Universiti

Universiti sering diukur melalui kedudukan dalam penarafan global, jumlah penerbitan penyelidikan atau keupayaan menghasilkan inovasi teknologi. Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin kompetitif, ukuran-ukuran ini menjadi indikator penting kepada prestasi institusi.


Rencana/Artikel Pilihan

Eks Leopard PALAPES Darat UMPSA 2026 - Medan Pembentukan Kepimpinan dan Ketahanan Diri

Eks Leopard PALAPES Darat UMPSA 2026: Medan Pembentukan Kepimpinan dan Ketahanan Diri

Latihan Kem Tahunan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya bermula dari 12 hingga 26 Februari 2026 bertempat di UMPSA Kampus Gambang dan kawasan hutan am Panching, Kuantan. Latihan yang dikenali sebagai Eksesais Leopard  berlangsung selama dua minggu itu menjadi platform utama bagi melahirkan pegawai simpanan tentera darat yang berdisiplin, berkepimpinan tinggi serta berpengetahuan mendalam dalam bidang ketenteraan.


Rencana/Artikel Pilihan

Dilema Bazar Ramadan: Antara Harga dan Kualiti

Dilema Bazar Ramadan: Antara Harga dan Kualiti

Lambaian Ramadan sentiasa membawa nostalgia yang mendalam, namun pada tahun 2026 ini suasananya terasa sedikit berbeza apabila masyarakat melangkah ke celah-celah deretan gerai yang menghidupkan tradisi tahunan di seluruh Malaysia. Fenomena kenaikan harga bahan mentah bukan sekadar angka yang terpapar di dada akhbar seperti NST Online, sebaliknya ia adalah denyut nadi kegelisahan yang dirasai oleh setiap peniaga kecil dan pengunjung yang mengharapkan keberkatan bulan mulia ini.


Rencana/Artikel Pilihan

 Bahasa Ringkas, Impak Maksimum: Revolusi Senyap Hemingway

Bahasa Ringkas, Impak Maksimum: Revolusi Senyap Hemingway

Paradoks Seorang Pemenang Nobel

Bagaimana mungkin karya tentang kematian, kesunyian dan kegagalan dapat dibaca dengan bahasa yang sederhana? Di situlah letaknya kekuatan Ernest Hemingway. Beliau tidak mengangkat bahasa ke langit yang rumit. Sebaliknya, beliau menurunkannya ke tanah yang padat dan stabil. Daripada kedudukan itulah makna dibina.


Rencana/Artikel Pilihan


Rencana/Artikel Pilihan

Kitaran Belanja 2026

Kitaran Belanja 2026: Antara Sekolah, Cukai, dan Raya

Tahun 2026 membuka tirainya dengan sebuah fenomena ekonomi yang jarang sekali disaksikan dalam lipatan sejarah kewangan isi rumah di Malaysia apabila tiga garis masa perbelanjaan besar bertembung secara serentak. Masyarakat kini sedang berada dalam sebuah kitaran yang boleh disifatkan sebagai kancah perbelanjaan luar biasa memandangkan kalendar akademik persekolahan bagi sesi baharu bertindan rapat dengan kedatangan Ramadan dan persiapan menjelang sambutan Aidilfitri. 


Rencana/Artikel Pilihan

Skrin Gelap dan Budaya Akademik yang Tenang

Skrin Gelap dan Budaya Akademik yang Tenang

Transformasi Ruang Akademik dalam Era Digital

Dunia akademik hari ini tidak lagi bergantung pada buku dan papan putih semata-mata. Pensyarah menyiapkan slaid, menyemak tugasan dan menulis artikel melalui komputer. Mahasiswa membaca jurnal, menghantar tugasan dan berbincang dalam talian hampir setiap hari. Skrin menjadi ruang kerja utama warga universiti.


Rencana/Artikel Pilihan

Masihkah Kita Menghargai Makna Keharmonian Bangsa?

Masihkah Kita Menghargai Makna Keharmonian Bangsa?

Malaysia sering digambarkan sebagai sebuah negara majmuk yang unik kerana dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, komposisi penduduk negara terdiri daripada Melayu, Bumiputera, Cina, India, Iban, Kadazan dan pelbagai lagi kumpulan etnik lain yang hidup bersama dalam satu sistem kenegaraan. Kepelbagaian ini merupakan kekuatan utama negara, namun pada masa yang sama ia menuntut usaha berterusan untuk memelihara keharmonian sosial.


Rencana/Artikel Pilihan

Pembangunan mahasiswa hari ini tidak lagi terhad kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Universiti turut berperanan membentuk insan yang mampu memberi makna kepada masyarakat. Dalam konteks ini, konsep ‘KITA Memberi, Orang Merasa’ dilihat sebagai pendekatan pembangunan mahasiswa melalui kesukarelawanan yang berteraskan nilai, pengalaman komuniti dan kesedaran sosial. Berpaksikan aspirasi Mahasiswa Pilihan Komuniti dalam UMPSA30 dan semangat Amanat Naib Canselor 2026, pendekatan ini menghubungkan falsafa

Kita Memberi, Orang Merasa Kesukarelawanan dan Mahasiswa Pilihan Komuniti dalam Membina Identiti UMPSA30

Pembangunan mahasiswa hari ini tidak lagi terhad kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Universiti turut berperanan membentuk insan yang mampu memberi makna kepada masyarakat. Dalam konteks ini, konsep ‘KITA Memberi, Orang Merasa’ dilihat sebagai pendekatan pembangunan mahasiswa melalui kesukarelawanan yang berteraskan nilai, pengalaman komuniti dan kesedaran sosial.

FOOTER CREATE
Newsletter Image
Bil. 278 Mac. 2026: UMPSA santuni media dan rakan kolaborasi dalam Majlis Iftar ‘Indahnya Ramadan’